Khamis, 3 Julai 2014

DONUT LAGI......



DONUT LAGI...

500g tepung gandum
2 sdb gula
11g yis kering
2 sdb susu tepung
2 sdb shortening
1 sdk bread improver
1/2 sdk garam
air secukupnya

campurkan semua kecuali air.
gaulkan menjadi serbuk roti
campurkan dan uli .
bentukkan dan perap 20m @ sehingga kembang

Sabtu, 28 Jun 2014

MIX OAT CHOCO BISCUIT




MIX OAT CHOC BISCUIT

500g choc ( lagi bagus white choc)
i cawan oat segera
1 1/2 cawan nestum
4 sdb horlicks
2 sdb susu tepung ( ini klu guna white choc)
1 cawan cornflake yg tlh d kisar kasar @ tumbuk2 jer

cairkan choc
campurkan kesemua bhn dalam satu bekas kecuali choc. kacau
masukkan ke dalam choc yg tlh cair tadi.
kacau sehingga sebati.
kali ni rapuh sikit. klu nak mudah xnak hancur masukkan ke dalam acuan coklat.
simpan dalam peti 10m.
keluarkan dan masukkan ke dalam balang kedap udara





sy gunakan sukatan cawan plastik jadi klu anda gunakan cawan biasa
1 cawan plastik bersamaan 1 1/2 cawan kaca

Rabu, 25 Jun 2014

SAYUR REBUS BERSAMA ISI IKAN




SAYUR REBUS BERSAMA ISI IKAN

rebus ikan selayang bersama garam dan asam keping.sejukkan dan ketepikan.

bawang putih
bawang merah
isi ikan
lada kecil
sume di blend bersama air rebusan ikan

renihkan air rebusan ikan bersama bhn kisar tadi.
asam keping keluarkan.
bile dah mendidih masukkan bhn perasa secukupnya.
masukkan sayur dan ape yg kite suke. bila dah masak leh makan n mamam.
simple dan sedap

Isnin, 23 Jun 2014

Ddeobokki akak kuih beras



DDEOBOKKI, TTEOBOKKI AKA KUIH BERAS
2 cawan tepung pulut
1/2 sdk garam
air secukupnya
uli sehingga menjadi doh
panaskan air dan ambil sejemput doh bulat dan gentel panjang sikit trs masukkan ke dalam periuk
buat sehingga habis
tuk kuah
bawang putih dan bawang merah di tumbuk
ayam @ daging kisar @ apepun kite suke
sayur ( sy letak carrot parut)
daun bawang tp sy xder
sos tomato
sos cili
cili blend tuk pedas tp sy x letak bab x suker pedas sgt
pes cili
gula, garam dan sedikit aji
tumis bawang tumbuk
masukkan daging dan kacau sebentar
masukkan sos cili, sos tomato, pes cili, cili padi kisar tadi bersama garam, gula dan aji
masukkan tepung pulut yg tlh di masak tadi dan sedikit air
masukkan sayur dan bile kering sikit angkat dan mamam

Ahad, 22 Jun 2014

MUFFIN COKLAT


MUFFIN COKLAT

1 3/4 Cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula pasir
2 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cawan susu segar
2 bj telo
1 cawan minyak makan
1 sdk esen vanila
choc chip klu suke

cara membuatnya

ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. ketepikan
blend telo, esen vanila, gula,susu segar, telo dan minyak
campurkan bhn blend ke dalam bhn yg di ayak tadi. kacau rata dan perap 15m.
masukkan choc chip dan gaul.
masukkan ke dalam bekas muffin dan boleh tabur lagi choc chip( tp dlm pic tu xder. wat ape yg ade kat uma)
kukus 20m

Jumaat, 20 Jun 2014

KOKTEL AYAM BERSOS


Assalamualaikum
 
selamat malam semua 
kali ni saya share resepi ringkas tuk makan bersama keluarga
tuk ibu2 bekerja blk uma boleh masak ringkas dan cepat.
kanak2 akan lebih menikmati. 
kegemaran mereka. 


KOKTEL AYAM BERSOS


KOKTEL AYAM BERSOS

Bawang putih di cincang
bawang merah potong bulat2
hiris halia
lada cili
2 sdb sos tiram
2 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
bhn perasa
koktel ayam potong 3

tumis bawang putih, lada cili dan halia sehingga kekuningan.
masukan sos2 tadi dan sedikit air
masukkan koktel ayam serta bhn perasa dan bawang besar.
renih sehingga masak dan hidangkan. simple jer

Jumaat, 6 Jun 2014

KAYA KARAMEL




KAYA KARAMEL

3/4 cawan gula + 1 cawan air
wat karamel.

3/4 cawan gula + 3 biji telur.
pukul guna whisk @ hand mixer @ blender

1 cawan santan pekat + 2 sdb tepung jagung
kacau rata

wat karamel. pastikan masa masukkan air tu perlahan2 sebab nanti tepercik.
dah siap karamel masukkan campuran telur dan santan.
kacau dalam api sederhana.
sampai likat masukkan dalam bekas

Khamis, 5 Jun 2014

KEK COKLAT TANPA TELUR



KEK COKLAT TANPA TELUR

1 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder
1/2 sdk soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sdb susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk ( sy guna air dlm peti ais)
1 cawan gula perang @ 3/4 cawan gula biasa
1 sdk esen vanila
1/2 sdk coklat emulco ( sy x letak)
secubit garam
1/2 cawan minyak sayuran( sy guna myk masak biasa jer)
1 sdk cuka @ jus lemon.( sy guna cuka kurma)

ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko, garam.
dalam satu bekas campuran tepung tadi di campur dengan susu tepung, air, minyak, gula dan esen vanila.
kacau dengan senduk jer. satukan hingga sebati.
dah sebati masukkan cuka.
bia sebentar 15. dan masukkan dalam cup muffin @ ape2lah.
sy gandakan adunan dapat 14 biji dalam bekas muffin

Sabtu, 31 Mei 2014

BISKUT OAT NESTUM CHOCO

assalamualaikum

ape khabar rakan2 sekalian. lama dah sy x update blog ni. semenjak komputer ni buat hal. sampailah hari ni baru ade ke rajinan tuk tgk blog kesayangan saya ni. guna note leceh. guna lappy kesayangan ni baru mudah kerja saya.

malam ni kite mempelajari teknik membuat biskut yg asalnya oat choco tapi saya campurkan dgn nestum. baru sedap n rangup

bhn2nya mudah

oat segera dan nestum

dan sy guna dark choc. hitris kecil2 dan tenggek atas periuk isi air panas dalam kuali besar supaya senang tuk gaul nanti

tenggek atas periuk guna teknik double boil

maka terhasillah biskut ni setelah di bentuk dan di keraskan dalam freeze

resepi penuh di bawah

500g white choc tp yg ni dark choc
100g nestum
150g oat segera

Choc hiris. Cairkan guna teknik double boil. Sy guna kuali besar. Senang nak gaul.
Masukkan oat dan nestum. Kacau. Klu rase kurang boleh tambah. masukkan campuran oat dan nestum sehingga coklat x melekat di kuali.
Sy masukkan dalam acuan plastik dan bawahnya tabur nestum. Tuang coklat yg dah siap td n ratakan.
Taburkan pula oat atasnya.
Masuk dlm peti 2m keluarkan dan potong.
Masukkan lagi 3m. Biakan pada suhu bilik sebentar dan masukkan dalam kedap udara.
bile makan krap krup dalam mulut.
selamat mencuba



Khamis, 12 Disember 2013

APAM NONA MANIS




apam nona manis versi 5 jenis warna


APAM NONA MANIS


4 bj telur
4 sd bsr susu pekat
150ml santan cair/susu cair
180gm gula pasir
1/2 sd teh ovalette
1 sd teh esen vanila
200gm tepung gandum
pewarna
planta utk mengoles loyang


*susu pekat dan santan/susu cair diadukkan smpai brcmpur
*ditmpt asing,telur,gula,ovalette dan esen vanila pukul hingga kembang lalu msukkan tpung gandum
*cmpurkan adunan susu @ santan.kacau hingga rata,adunan dibhgi kpd 3 wrna
*loyang dilapik dgn kertas dan dioleskan dgn sdkit planta
*tuangkan lapisan prtama kdlm lyang kmdian kukus selama 15min(atau prmukaanya kering tandanya sudah masak).klu bleh pnutup pngukus dibalut dgn tuala supaya air tidak menitis.
*kemudian kukus lapisan ke2,utk lapisan trakhir kukus selama 45 minit.

KEK GULA HANGUS VERSI KE TIGA




KEK GULA HANGUS VERSI KE TIGA

1 1/2 cawan gula
2 cawan air panas
3 sdb marjerin
****d buat gula hangus

7 bj telo
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat
2 sdt baking powder
1 sdt esen vanila

masak gula hangus( tp sy wat perang2 jer)
pukul 7 bj telo tu lebih kurang jer. sy guna senduk.
pastu masukkan susu dan esen.
masukkan air gula hangus.
last sekali masukkan tepung dan baking powder yg tlh d ayak.
kukus 1 jam.

****untuk kek cepat masak dan tghnya masak betul. bawah loyang yg berisi adunan letakan citak lompang 4 penjuru supaya wapnya serata dan menyebabkan tgh kek masak betul walau tebal
 

CUPCAKE





KEK CAWAN
(gamba sumber mr google)

2 biji telo
150 g tepung naik sendiri
125g gula halus
esen vanila
100g mentega ( sy guna marjerin

- pukul gula dan marjerin hingga kembang
- masukkan telo sebiji2 dan pukul lagi
- letak esen vanila dan sebatikan
- masukkan tepung dan kacau rata
- bakar pada suhu 180c selama 20m @ hingga masak

Rabu, 11 Disember 2013

SUP ISI KETAM



Selamat pagi semua. resepi ni biasanya hanya dapat bile kite makan d hotel2 @ restoren seafood. dah lama sy terasa nak makan. dulu bile ade annual dinner kat tempat kerja saje nak makan. nak makan kat hotel almaklumlah bukan tahap saya ke sana dan ke seafood restoren saya kurang yakin pada cawan minuman tu.
SUP ISI KETAM

bahan-bahan:-
- 2 liter air. (ni utk makan 1 family dalam 5 6 orang)
- isi ketam ( 1 bungkus crab stick ). letak ikut suka la..lagi banyak lagi rasa ketamnya
- 2 biji telur d pukul dulu
- 3 sudu tepung jagung (bancuh utk pekatkan sup) klu kurang pekat boleh tambah lagi
- 2 sudu sos tiram
- kiub ayam

Cara-caranya:-
- didihkan air bersama isi ketam/crab stick hingga menididh. ( ni cubaan pertama jagi kurang memuaskan. klu nak lebih cantik, blend isi ketam klu guna crab stik)
- kecilkan api. masukkan sos tiram dan kiub ayam.
- pecahkan telur di mangkuk dulu. masukkan perlahan-lahan ke dalam sup sambil dikacau. biar dia hancur sikit2.
- masukkan tepung jagung yg sudah dibancuh
- tunggu hingga mendidih.
- siap utk dihidang.
- SUNGGUH MUDAHKAN



Selasa, 10 Disember 2013

KEK BUAH


FRUIT CAKE

1 1/2 cawan gula
2 kotak mixed fruit
1 suduteh rempah kuih
2 1/2 sudubesar orensunquick
375 g marjerin [1 1/2 potong]
1 1/2 suduteh soda bikarbonat
1 1/2 suduteh nescafe
1 1/4 cawan air
Rebus kesemuanya selama 10 minit didalam api perlahan.sejukkan

6 biji telur dipukul hingga naik

1 3/4 suduteh baking powder
2 3/4 cawan tepung gandum
diayak bersama

Campurkan kedalam rebusan tadi beerselang seling antara telur dan tepung

KEK COKLAT MINI


KEK COKLAT

bahan2..

1 1/2 cwn tepung gandum.
1/2 cwn serbuk koko.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh soda bikarbonat.
(semua bhn diatas diayak n letak dlm 1 bekas)
1 cwn gula.
2 biji telur.
1 cwn susu cair.
1 cwn butter.

cara2..
1.cairkan mentega/butter dlm periuk kecil,ttp api dan masukkan susu cair tdi.biarkan sejuk seketika.

2.pukul telur dgn gula hingga hancur dn kembang.

3.masukkan tepung,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat yg sdh diayak tdi sedikit shja ke dlm bekas berisi telur tdi.

4.kemudian tuang susu/mentega cair ke dlm adunan,gaul hingga sebati.buat sehngga hbis..kemudian tapis..(saya tapis spya adunan halus dn tepung x bergentel)

masukkan adunan dlm papercup/acuan lompang.
kukus selama 15 minit dgn api sederhana.

*utk hiasan saya gunakan coklat msakan yg dicairkan dgn sdikit mentega,taburkan coklat rice @ manik2 gula..nak letak badam pun bole,.

Isnin, 9 Disember 2013

PLASTISIN @ PLAY DOUGH @ TANAH LIAT



PLASTISIN @ PLAY DOUGH @ TANAH LIAT

Bahan:
1 cawan tepung (ayak)
1/4 cawan garam
2 camb minyak
1 cawan air
2 camt cream of tartar
pewarna makanan
Cara:
1. Masak garam dan air sampai larut.
2. Masukkan bahan2 yg lain.
3. Kacau sampai anda dapat doh yang licin dan lembut. Biar sejuk.
4. Warnakan. Uli sebati. Simpan dlm bekas kedap udara.

Jumaat, 23 Ogos 2013

PETUA UNTUK KENCING MANIS




petua ni lak saya kongsi dgn Siti Sarah Ab Karim


Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan hj dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun daris egi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut2, kemudian dos boleh dikurangkan....Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh..amin..

PETUA TUK PENYAKIT DARAH TINGGI




petua ni bukan dr saya tapi sy share ngan en. HelmiSidek


"Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku ni.

Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain.

Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa. Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.

Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!!

Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler....

Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.
Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.
Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.

Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe. cincau

Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156.

Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!! Kat sebelah ialah ini bukti resit mak aku!!

Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!!
Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.

Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula.

Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini..

Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini. Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe.

Selamat mencuba!! "

p/s:lepas ni boleh lah minum cincau,byk khasiat tau;

TALAM CENDOL

selamat malam tuk semua yg sedang mengikuti blog idah ni. hari ni kite berkongsi resepi talam simple . yaitu talam cendol. tp idah wat kelainan sikit cendol kat atas.

TALAM CENDOL


TALAM CENDOL

lapisan bawah

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sdk garam
2 cawan santan
8 sdb gula @ ikut kesukaan
1 cawan air gula merah

bancuh dan blend sume agar x berketul.
lengserkan loyang dgn minyak dan kukus 20m.

lapisan atas

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sdk garam
cendol
3 1/2 cawan santan

satukan semua kecuali cendol dan ,masak sehingga naik wap.( tp sy x masak tp terus tuang jer atas lapisan pertama)
masukkan cendol
matikan api dan tuang ke ats lapisan tadi.
kukus selama 30m

moga2 dgn perkongsian ini dapat kite berkongsi menu tuk hidangan keluarga.
selamat mncuba

Khamis, 22 Ogos 2013

LOPES


assalamualaikum dan selamat sejahtera. lama dah sy x bersiaran bab ngandung. awal mengandung ke na alahan yg teruk. ni dah masuk 9 bln tunggu masa tuk melahirkan. jadi ari ni sy bagi resepi simple. kegemaran anak bujang saya. moga kite dapat manfaatnya bersama.

LOPES

400g beras pulut
sehelai pandan d ambil airnya
1/2 sdk garam
sedikit pewarna hijau
kelapa putih dan d gaul dgn sedikit garam

rendam pulut 1/2-1 jam
tanak bersama air daun pandan, garam dan pewarna hijau.
air bia byk sebab nanti pulut lembek dan cantik selepas d kukus.
tanak hingga separuh masak @ 3 suku.
pastu sy masukkan dalam plastik kerana stok daun pisang habis.
kukus 1/2 jam.sejukkan baru d potong
balutkan dgn kelapa setelah d potong.

tuk air gula

gula merah
sedikit gula pasir
sehelai daun pandan
air secukupnya

masak semua sehingga kepekatan yg kite inginkan

Selasa, 25 Disember 2012

KEK PISANG



8 bji pisang masak 40 ari ( asal guna berangan)
2 cwn tpg gndum
1 cwn gula
1/2 cwn myk masak( yg kat gambar ni x letak minyak masak tp tetap jadi bab terlupa)
1 st esen vanilla
1 st esen pisang (xde pn xpe)
1 st soda bikarbonat ( sy guna 1/2 sdt jer)
1 st baking powder
2 bji telur

*ayakkan tepung,soda dgn baking powder dan ketepikn..
**blendkan telur dgn gula hgga kembang,msukkn esen vanilla,esen pisang dgn pisang n blender lg... campurkn tepung yg diayak sedikit demi sedikit selang-seli dgn minyak...gaul sebati
***griskn loyang dgn marjerin n tuangkan adunan kedlm loyang..masukkan kedlm periuk kukusan...kukus lbih krg 40 mnit hgga masak.









BELEBAT UBI




5 cawan ubi parut
2 cawan kelapa parut
gula ikut suka
pewarna perang
1/2 sdk garam

gaul jadi sebati
kukus 40m
 

'TIRAMISU



walau tiramisu aku ni nampak comot tp rasanya mmang sedap. lain kali wat dlm bkas kcil2. biskut ade 1 bungkus lebih. lepas ni wat lagi. tertabur byk lak serbuk kokonya. hiihiihii


TIRAMISU..

Bahan-bahan Filling

*250m cream cheese
*3 tbsp sour cream
*2 tbsp whipping cream (atau heavy cream)
250g whipping cream
120g gula castor (ikut kesukaan masing2)

Bahan Biskut:
1 bungkus biskut ladyfingers (kurang atau lebih)
bancuhan kopi (saya wat nes+susu)

Bahan Hiasan:
Serbuk Koko/serbuk chocolate (juga boleh digunakan utk dilapiskan antara lapisan cheese - ikut kesukaan)

Cara Penyediaan:

1. Filling
putar bhn yg bertanda * hingga sebati dan tidak berbiji-biji. tuangkan adunan cheese td ke dalam mangkuk mixer.
2. sementara itu, dalam mangkuk bersih, putar 250g whipping cream dan gula sehingga kembang. uji dengan menterbalikkan mangkuk adunan - whipped cream tak jatuh dan tak mudah bergerak/cair.
3. keluarkan adunan cream cheese dari blender/food processor ke dalam mangkuk lain. masukkan sedikit demi sedikit adunan whipped cream ke dalam adunan cheese. kaup balik secara perlahan. jangan overfolding.
4. Biskut:- celupkan biskut sekejap ke dalam bancuhan kopi td. jgn rendam terlalu lama, nanti berair pulak tiramisu. boleh juga cara ini: susun biskut dalam bekas/loyang. renjiskan bancuhan kopi ke atas biskut sehingga biskut basah sedikit sahaja.
5. susunkan biskut yg telah dicelup ke dalam loyang kek atau bekas dessert. lapiskan dengan adunan cheese. taburkan serbuk koko di atas adunan cheese. kemudian, susunkan lagi baki biskut yg telah dicelup ke dalam bekas, dan lapiskan dengan adunan cheese. dan taburkan serbuk koko ke atas adunan cheese yg kedua. ulang sehingga adunan cheese dan biskut habis. dan hiasi lapisan paling atas dengan serbuk koko, mengikut kreativiti masing2.
6. sejukkan tiramisu dalam petisejuk selama paling kurang 4jam. taburkan serbuk koko/chocolate sebelum dihidang.

KERABU BUNGA KANTAN DAN IKAN BILIS



LAMA dah x post ape2. tunggu hari cuti baru projek jalan.
ari ni rsepi simple.

KERABU IKAN BILIS DAN BUNGA KANTAN

segenggam ikan bilis d goreng
selabu bawang merah di hiris
2 batang bunga kantan di hiris
1 @ 2 biji limau kasturi d perah ambil airnya
lada cili kecil potong bulat2
perasa

campurkan semua jadi satu dan gaulkan dan biarkan sekejap agar sebati dan makan dgn nasi panas
 

IKAN BILIS ISTIMEWA BERSIRA SAMBAL

goreng ikan bilis istimewa


untuk sira
tumbuk bawang putih
cili kering kisar
cuka
gula
sedikit garam

tumis bawang putih
bila dah wangi masukkan cili kering, gula dan sedikit garam
masukkan cuka
bila dah kering sedikit masukkan ikan bilis istimewa tu.matikan api dan kacau hingga serata.

boleh di makan macam tu jer.
makan ngan nasi
ade sesetengah tempat masa kenduri di makan bersama nasi putih dan lauk pauk

*****klu menggunakan cili boh pun boleh cuma klu guna cili boh x payah letak cuka dan garam
 

GETUK UBI



ubi di rebus dan lenyek
sedikit garam
gula 
kelapa parut

gaul jadi satu dan kepalkan dan letak sejam @ lebih dlm peti agar betul mampat.

tepung gandum
tepung beras
sedikit kapor ( untuk merangupkan)
sebiji telo perasa

uli macam tepung untuk goreng pisang.

panaskan minyak celup ubi dalam tepung dan goreng.

NASI GORENG TOMYAM SEAFOOD




bawang putih + bawang merah + cili kering kisar
nasi
kiub tomyam yg d hancurkan dgn sedikit air
perasa
telo hancur
udang
sotong
sayur klu suke

tumis bhn kisa dan masukkan kiub tomyam
masukkan udangdan sotong
masukkan nasi
masukkan telo hancur
masukan perasa dan sayur jika suka
dah masak boleh makan ngan telo dan sy tambah keropok belinjau
 

DENDERAM


nak bagi detail resepi tu x tau.
sy guna 

masak air bersama gula merah. st x sukat masa masak gula merah. tp air gula merah tu x cair. klu ikut resepi asal 1/2 tpg beras guna 1/2 kg gula merah. sy pernah wat. terlampau manis. agaklah lebih kurang 500g tpg brs dan gulamerah 250g pun ok gak. tapis.

tepung beras

tuang air gula yg masih panas tu ke atas tepung beras tadi dan kacau guna sudu @ senduk. kacau sehingga adunan tu nampak macam lembik sikit. sikit jer jgn byk.

pastu perap 24 jam. baru cantk.

caranya membuatnya.

sapukan tgn ngan minyak dan ambil sedikit adunan dan bulatkan. pastu tekan sedikit di atas papan pemotong yg tlh di alas plastik. tekan bhg tgh untuk wat bulatan dgn pembalut benang tu. goreng dlm minyak panas

ini pula resepi dr kawan

sekilo tepung beras
700g gula merah
2 cawan air. (guna cawan air bli kat pasa malam

BUBUR PULUT HITAM


rebus pulut hitam sehingga betul-btul kembang.
sesudah kmbang masukkan santan cair, gula dan sedikit garam
( fungsi garam untuk mlemakkan santan ).
bila dah sebati bolh masukkan santan pekat.
bila dah cukup rasa bolh angkat dan makanlah ape lagi. hiihiihii.
selamat mencuba

CARA WAT TEMPOYAK

assalamualaikum dan selamat ptang kawan2. dah lama sy x masukkan respi2 baru sy. sebab nak sesuaikan diri dgn perniagaan makanan yg dekat 2 tahun sy tinggalkan kerana alah teruk masa mengandungkan anak no 3 dulu.

yg mula2 ni sy bg resepi simple tp sedap


isi durian di lenyek ngan sudu
sedikit garam

cara membuatnya
campurkan sume dan simpan semalamam dan esoknya dah bolh d makan

Jumaat, 23 November 2012

SARDIN ROLL



first time wat sardin roll. bakar guna pan vantage jer. sedap rangup. buat 1 tin besar sardin. jd lebihan wat karipap pulakss.

200g tepung
100g mentega sejuk( sy guna marjerin. malas nak timbang masukan dulu 3 sdb)
1sdk gula
sedikit garam
air secukupnya

- ayak tepung dan garam.
- masukan marjerin dan ramas bersama tepung sehingga menjadi serbuk roti.
- tambah sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh.

inti
1 tin sedang sardin - d ramas2
2bj bawang besar - d cincang
3bj bawang putih - d cincang
5bj cili - d hiris
garam n aji
1 sdk jus lemon
minyak masak

- tuang minyak masak ke dalam kuali dan panaskan.
- tumis bawang besar, bawang putih dan cili.
- bila dah naik bau masukkan sardin dan jus lemon.

PENYEDIAANNYA
- canai pastri nipis dan potong segi empat.
- masukkan sedikit inti sardin dan gulung.
- susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telo.
- bakar pd suhu180c hingga kekuning-kuningan tp sy bakar guna pan vantage jer

Khamis, 22 November 2012

SERAWA DURIAN @ GULA DURIAN






semalam pagi wat gula durian. kononnya petang nak makan ngan pulut tp tghhari dah abis. di rewang usben ngan kakak. part ni sy suka makan biji durian rasa macam biji cempedak rebus.

rebus dulu durian ngan air
bile dah empuk masukkan santan gula, garam dan pewarna perang.
sy xder gula merah jadi tukar pada pewarna.
masak sampai pekat

Selasa, 20 November 2012

CREPE DURIAN, OREO DAN STRAWBERRY





bhn2nya

2 sdb tpg gndum
2 sdb tepung ubi
1 sdb tpg kastard
1 sdb tpg jagung
1 biji telur
1 sdb myk masak
1 sdb gula halus( sy guna gula icing )
-40ml susu cair
-150ml air
-pewarna kuning

-masuk semua bahan dalam mangkuk..sebatikan dgn whisk dan tapis..
kalau pekat hanya tambah air sikit..
-boleh jugak blender..cuma sedikit berbuih..kene hilangkan buih2 tu..dulu
tuk elakkn crepe akan berlubang bila banyak buih..
-ambil sesenduk kecil..tuang adunan dalam kuali yg dipegang..
-layangkan kuali agar adunan sekata..
-masak atas api kecil..
-masak hingga kering..angkat..tak perlu terbalikkan masa angkat tu.
-buat sampai habis. ia takkan melekat walau kite letak tanpa alas plastik.
pembuatan ni sama macam wat kuih dadar @ ketayap.
dah siap tepung baru boleh letak FC.

inilah yang saya guna untuk buat fresh cream tu

|
FILLING..
-150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
-isi durian..
-letakan fc letak isi durian ..dan letak lagi fc di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

***jgn guna anchor. leceh. terlebih pukul boleh cair blk.

NI PULAK
CREPE OREO



yang ni pula strawberry crepe. cuma tukar isi durian kepada strawberry filling. klu nak lagi sedap tambah buah strawberry yg tlh di hiris2

semasa hendak membuat fresh cream ni hendaklah di goncang terlebih dulu kotaknya. sebab patinya dah mendak jadi bila kite tuang tanpa goncang dulu mungkin pati kite buang dan hanya air yg masuk dalam mangkuk kite. huuhuuhuu.

lagi satu petua nak senang naik FC ni guna bekas plastik yg tlh di sejukkan ke dalam peti sejuk beku selama 5 minit.


lebihan fc ni klu tpung dah abis boleh buat aiskrim


letak fresh cream
pastu pes strawbrry
last letak FC lagi.
sejukkan dalam sejuk beku dan makan. sedap

Ahad, 18 November 2012

ROTI CANAI THE MAKING N KARI DAL





pagi ni kite buat roti canai. mana yang x pandai menebar boleh guna teknik ni. menggunakan dulang untuk mencanai roti ni.

sekilo tepung gandum cap sauh
telo sebiji
1/2 sdk garam di bancuh ngan airdan sedikit gula @ pun mana yg suka susu boleh letak susu

* jangan letak minyak dalam doh. boleh keras doh tu nanti bila sejuk.

uli tepung ngan telo dan campuran air tu sehingga menjadi doh. tutup adunan selama 10m.
pastu uli lagi doh hingga lembut dan bulatkan.

lagi lama menguli lagi lembut bila dah jadi roti nanti



tepung yg dah d bulatkan masukkan ke dalam minyak sekurang-kurangnya 5 jam baru di canai.
seeloknya pagi esok nak canai, malam ni baru buat.



sapu dulang dengan minyak
leperkan doh yang dah di bulatkan tadi dan sapu lagi minyak.
terbalikkan dan sapu minyak lagi.
jadi ke dua-dua belah di sapu minyak




pastikan tipiskan doh dengan tapak tangan klu tipiskan dengan jari kompem koyak rabak doh tu.
mana yang nampak tebal tepi2 tu boleh tarik sikit2 supaya tipis.
jangan ganas nanti koyak. hiihiihii.
pastu sapu lagi minyak pada doh yang dah siap di canai ni supaya apabila dah di goreng rotinya lembut.





pastu buatkan doh ni jadi panjang dan mula gulungkan kanan dan kiri





gulung sampai jadi macam ni



tepekdoh tadi jadi macam ni

klu nak senang nak tipiskan masa nak goreng. biarkan sekejap doh yg dah di canai tadi agar senang masa 

membentuk roti nanti.




ari tu ade yg minta wat dalnya kan. ni sy wat dal simple versi sy.

KARI DAL

kacang dal
sebiji santan ( asingkan yg cair ngan yg pekat)
serbuk kari
air asam jawa
bhn perasa
ayam @ daging untuk menambahkan rasa
kentang klu suka

*sedikit udang kering
*bawang merah
*bawang putih
*lada kering ( ikut suka)
bhn * kisar

rebus kacang dal bersama santan cair + sedikit garam hingga empuk dan hancur sedikit. boleh tambah air jika perlu. (klu nak masukkan kentang bila dah separuh masak baru masukkan kentang dan ayam tadi.)

tumis bhn kisar hingga wangi.
masukkan rempah kari yg telah di campurkan sedikit santan.
masukkan ayam @ daging ( klu daging rebus dulu. sebab daging lambat empuk) dan pes asam jawa.
masukkan rebusan bhn dal tadi dan reneh hingga sebati bersama bhn perasa.
last masukkan santan pekat dan bila dah cukup rasa boleh angkat.