Selasa, 26 Jun 2012

PES IKAN BAKAR





bawang putih
bawang merah
halia
serai
udang kering klu suka
cili kering
*****kisar

tumis bhn kisar hingga berminyak.
bila dah berminyak masukkan sedikit air, garam gula dan aji.
dah masak perahkan sekali dengan limau kasturi. 
pastikan rasanya masam2 manis. ketepikan
bakar ikan yg tlh d gaul ngan sedikit garam dan aji ( supaya ikan x tawar)
bila dah 3/4 masak tuangkan sos yg d buat td dan bakar hingga masak.




Pes ni pun boleh wat kat ikan caru.

goreng dengan kulitnya sekali.
bila daah goreng
kopek kulit kerasnya dan tuang pes ni


**SELAMAT MENCUBA


KASTARD JAGUNG


5 cawan santan
jagung ikut suka tp sy letak setin bab sy suka
1 cawan tepung kastaard
3/4 cawan gula

-tepung kastard gaulkan dgn sedikit air. ketepikan.
-masukan santan gula dan jagung. masak hingga mendidih.
- bila dah mendidih baru masukkan tepung kastard tadi.. kacau hingga masak.

Sabtu, 23 Jun 2012

SOSEJ BERSALUT


BENDA NI WAT SIMPLE. BLI KAT PASAR MALAM SEBATANG SINGGIT. BUAT SENDIRI JIMAT PASTU PUAS MAKAN. RASANYA PUN LEBIH RANGUP SIKIT.


SOSEJ SUKAHATI NAK BERAPA( SOSEJ KITA REBUS DAHULU SUPAYA MASA PROSES MENGGORENG SEKEJAB JER. BAB SOSEJ DAH MASAK)

BREAD CRUMB SECUKUPNYA

TEPUNG SERBAGUNA ATAU TEPUNG GANDUM


CARA2NYA
-BANCUH TEPUNG PEKAT2 SIKIT PASTU CELUPKAN SOSEJ.
-DALAM PINGGAN LAIN TUANG BREAD CRUMBPASTU SALUT NGAN SOSEJ TD
-MASUK DALAM BEKAS DAN SIMPAN DALAM PETI SEMALAMAN.

***KLU SALUT TERUS GORENG NANTI BREAD CRUMBNYA TERTANGGAL @ BOGEL. HEEHEEHEE

GORENG

Khamis, 21 Jun 2012

FUNGSI-FUNGSI TEPUNG




KENALI JENIS TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

1.TEPUNG SERBA GUNA 
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati. 

2. TEPUNG BERPROTEIN TINGGI 
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. 

3. TEPUNG BERPROTEIN RENDAH 
tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya. 

4. TEPUNG GANDUM 
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna. 

5. TEPUNG KRIMER 
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”. 

6. TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR 
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

7. TEPUNG SUPERFINE
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien. 

8. TEPUNG ROS 
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum. 

9. TEPUNG HONG KONG 
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa. 

10. TEPUNG PULUT 
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. 

11. TEPUNG OPTIMA 
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

12. TEPUNG WHOLEMEAL 
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured). 

13. TEPUNG HOEN KWEE 
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran tepung jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow). 

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda. 

14. TEPUNG KASTAD 
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya. 

15. TEPUNG UBI 
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour). 

16. TEPUNG JAGUNG 
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi. 

17. TEPUNG NAIK SENDIRI Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate) 

18. TEPUNG ROSE 
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London. 

19. TEPUNG HONGKONG 
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa. 

20. TEPUNG GLUTINOUS RICE 
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru. 

21. TEPUNG KEK 
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali. 

22. TEPUNG OPTIMA 
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya. Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

PUTERI MANDI





PUTERI MANDI....


500gm tepung pulut
1/2 sudu kecil garam



air secukupnypewarna ikut suka




-tepung diuli dgn air yang telah d campurkan dengan garam sehingga menjadi doh.



-bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna.



-buat biji bulat2 sebesar buah guli...then masakkan di dlm air panas yg sdg mgelegak...
-pastikan selepas di angkat letak di dalam air sejuk supaya x melekat antara satu sama lain.







Inti Kelapa
1 bj kelapa yg agak muda- diparut
seketul gula melaka
gula pasir ikut suka







-satukan gula melaka dan kelapa prut sehingga gula hancur.



-rasa dan letak gula ikut kemanisan yg kita mahu.



-masukkan butir tadi dan kacau.

Selasa, 19 Jun 2012

LABU AIR GORENG BEREMPAH

SELAMAT PAGI SEMUA.
dah pegi pasar ke belum?
ari ni sy bagi resepi yang sebenarnya hanya untuk menghabiskan lebihan labu ni. kalau tak d buat begini jawapnya memang takkan habis.
budak-budak? kalau dah namanya sayur konpem tak di pandang punya.



Ini labu air. lebihan masak semalam. ari ni boleh mencetuskan idea goreng macam orang india buat goreng peria tapi saya buat resepi sendiri. labu goreng berempah.















LABU GORENG BEREMPAH

4 sdb tepung gandum
2 sdb tepung beras
2 1/2 sudu serbuk kari
garam dan perasa
telur sebiji
bawang putih di tumbuk
air secukupnya
labu d rebus bersama garam dan perasa sehingga empuk( kulitnya jgn d buang)

cara-caranya

campurkan semua bahan kecuali labu. uli tepung sehingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
panaskan minyak dan masukkan labutadi yang dah d celop ke dalam tepung. goreng sehingga garing dan boleh gak di makan bersama sos bawang putih

CUCUR MAGGI DAN SOS BAWANG PUTIH

hai apa khabar semua. dah lama saya tak aktif. saya baru kehilangan ibu dan bapa saudara dalam masa 21 hari jer. minta maaf byk2 untuk semua. buat kali ni kita buat resepi yang ringkas jer yer



cucur maggi dan sos bawang putih. cuma sos bawang putih ni terpekat sedikit.
tapi bila masuk dalam mulut tu memang rangup sesangat.
ok kita pegi kat resepi yang pertama ya




CUCUR MAGGI



Bahan-Bahan:
1 keping maggi
(patah-patahkan...rendam hingga lembut...dapat anggaran 2 cawan)
2 cawan tepung gandum
11/2 cawan air atau secukupnya
1 sudu besar mayonis( sy gantikan ngan sos thousand island bab mayonis xder stok)
garam dan perasa secukupnya

2 biji cili merah *
2 biji cili hijau * 
(* buang biji dan hiris halus)-Sy x letak bab klu letak kompem buang tepi)
1 pokok daun bawang & sup, dihiris

Bahan Ditumbuk Kasar:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis



Caranya:

Satukan semua bahan dalam bekas. Masukkan air sikit demi sedikit hingga mendapat bancuhan seperti membuat cucur.
Panaskan minyak. Celupkan hujung sudu ke dalam minyak panas. Sudukan adunan dan jatuhkan dengan hujung sudu ke dalam minyak. Goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan bersama sos  bawang putih








hidangan kedua ni pulak cuma sos bawang putih jer. cuba ya.















SOS BAWANG PUTIH WAT SENDIRI...


resepi:

smangkuk lada kering ( yg tlah dicelur air panas )..mangkuk lbh kurang ukuran 5"
5 - 6 ulas bawang putih
air / pes asam jawa scukup rasa
gula pasir scukup rasa
2- 3 sdu besar gula kelapa / gula melaka..sya guna gula kelapa asli
garam scukp rasa...blend kesemuanya...masak shgga mndidih..sos ni sdikit pekat,rsa manis pedas sdikit msam..kalo suka hitam lg tambah gula kelapa lagi..kpkatan sos ni bgantung kpd masing2 yer..