Jumaat, 28 September 2012

KEK COKLAT MOIST

petang yang cerah. secerah hati ini untuk meneruskan nukilan sambil berkongsi masakan. hati yang risau untuk melepaskan puteri sulungku untuk mengikuti rombongan sekolah untuk pergi ke cameron higland. so petang ni kite berkongsi resepi

KEK COKLAT MOIST
KUKUS BOLEH BAKAR PUN BOLEH




PERKARA PERTAMA ADALAH TEKNIK MENGUKUS. KLU TEKNIK SALAH BOLEH BANTAT KEK KITE NANTI.
teknik ni senang jer. bawah pengukus tu letakkan citak lompang pastu baru masukkan loyang yg dah berisi adunan kek coklat kite tadi.


bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak @ mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis

bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk penaik
*****semuanya d ayak.

bahan C
3 biji telo

bahan D- untuk topping
coklat masak + 1/2 cawan susu pekat manis
susu cair bila perlu


- masukkan semua bahan A dalam periuk. panaskan sehingga gula larut. tutup dan sejukkan.
- putar bahan C sehingga kembang. masukkan bahan a dan sebatikan.
- bahan b yang telah d ayak campurkan dengan bahan A+C sedikit demi sedikit.
- masukkan dalam acuan . kukus 1 jam.




\

*****peringatan tahap jingga. heeheehee


ADUNAN SEBELUM DI MASUKKAN DALAM LOYANG MESTILAH DI TAPIS DULU BARULAH XDER PUTIH-PUTIH MACAM TU. JADI X LAWA PULAK WALAUPUN DAH MASAK NANTI TERBALIKKAN DAN LETAK TOPPING KAN.




untuk topping
- cairkan coklat menggunakan teknik double boiling.
- alihkan dr api masukkan susu pekat manis td.
****jikalau rasa toppingnyer pekat sgt boleh tambah sedikit susu cair
****untuk mengilatkan topping tambah sedikit marjerin.





** jikalau tak mahu buat topping untuk membuat kek coklat shj bhn A yang perlu d tukar kepada
= 1/2 cawan serbuk koko ( klu satu rasanya pahit )
= 1 1/2 cawan gula ( 1 cawan untuk adunan di atas kurang manis

Khamis, 27 September 2012

KUIH GETAS

alhamdulillah pagi yang sejuk. pagi yang di basahi hujan dari malam tadi lagi. apa khabar anda semua.
pagi yg indah ni kite kongsi resepi sempoi dr saya















KUIH GETAS

resepinya simple tapi kalau xder keinginan memang tak jadikan



250g tepung pulut
5sdb tepung gandum
sedikit minyak
1/2 bj kelapa parut
1/2sdk garam

- semua bhn d cAmpurkan dan sebatikan.
- pastu baru d tuang air dan uli.
- bentukkan macam d bawah ni










inilah kuih getas yang baru di goreng dan belum di sira,





BAHAN UNTUK SIRA GULA



1 1/2 cawan gula
sedikit air

masak gula dan air dgn api sederhana. lebih kurang dalam seminit pastu masukan kuih yg dah d goreng td. kecilkan api dan sentiasa kacau. bila gula dah melekat matikan api agar gula x menjadi perang. kacau sehingga gula kering
 


kuih ni bukan sahaja boleh di sira gula. kita boleh juga sira lada




GETAS SIRA LADA





BAHAN-BAHANNYA





Bawang putih


udang kering


cili kering kisa


gula


cuka



cara-caranya



bawang putih d tumbuk bersama sedikit udang kering. tumis pastu masukkan cili kering
bila dah kering sikit masukkan gula dan cuka
pastu golekan kuih getas yg tlh d goreng.
rasanya lemak dam masam-masam manis

Ahad, 23 September 2012

IKAN KEMBUNG REBUS @ KUKUS

assalamualaikum.
rasanya dah lama sy tidak kemas kini blog saya. selepas pakcik kesayangan meninggal dunia sibuk sesangat. setiap hari memberi sokongan moral pada makcik. sering sakit semenjak kehilangan suami tersayang. sibuk dengan anak sekolah. baby yang masih kecil. sibuk dengan anak nak menduduki UPSR. Puasa pulak meniaga untuk jualan kuih untuk berbuka. raya kali ni pun macam x raya. sibuk anak nak periksa. sekarang  baru free.

so hari ni kita kongsi makanan yang simple jer

IKAN KEMBUNG REBUS ATAU KUKUS. mungkin untuk orang yang dalam pantang pun ok x. cuma jgn letak lada kecil jer. heeheehe



Ikan kembung kukus air asam ..


bahannya
Ikan kembong yg betul2 kembong (byk isi)
Potong 2 jika besar
Ada 2 cara sebenarnya nk masak
1~kukus ikan dlm pengukus
2~rebus ikan dlm periuk dgn air yg sedikit dan dgn api perlahan. Pastikan tutup periuk tu spy ikan masak dgn rata dlm 10 mnt xperlu dikacau
Ketepikan seketika bila sudah masak


untuk air asam 



Cili api(ikut citarasa masing2 nk pedas atau kurang pedas)
Sedikit belachan
Air asam jawa(gunakan air panas spy mudah kembang)
Kemudian blend dgn air rebusan ikan yg masih ada
Hiris bwg besar dan tabur atas ikan n tuang air asam jawa tadi