Selasa, 25 Disember 2012

KEK PISANG



8 bji pisang masak 40 ari ( asal guna berangan)
2 cwn tpg gndum
1 cwn gula
1/2 cwn myk masak( yg kat gambar ni x letak minyak masak tp tetap jadi bab terlupa)
1 st esen vanilla
1 st esen pisang (xde pn xpe)
1 st soda bikarbonat ( sy guna 1/2 sdt jer)
1 st baking powder
2 bji telur

*ayakkan tepung,soda dgn baking powder dan ketepikn..
**blendkan telur dgn gula hgga kembang,msukkn esen vanilla,esen pisang dgn pisang n blender lg... campurkn tepung yg diayak sedikit demi sedikit selang-seli dgn minyak...gaul sebati
***griskn loyang dgn marjerin n tuangkan adunan kedlm loyang..masukkan kedlm periuk kukusan...kukus lbih krg 40 mnit hgga masak.









BELEBAT UBI




5 cawan ubi parut
2 cawan kelapa parut
gula ikut suka
pewarna perang
1/2 sdk garam

gaul jadi sebati
kukus 40m
 

'TIRAMISU



walau tiramisu aku ni nampak comot tp rasanya mmang sedap. lain kali wat dlm bkas kcil2. biskut ade 1 bungkus lebih. lepas ni wat lagi. tertabur byk lak serbuk kokonya. hiihiihii


TIRAMISU..

Bahan-bahan Filling

*250m cream cheese
*3 tbsp sour cream
*2 tbsp whipping cream (atau heavy cream)
250g whipping cream
120g gula castor (ikut kesukaan masing2)

Bahan Biskut:
1 bungkus biskut ladyfingers (kurang atau lebih)
bancuhan kopi (saya wat nes+susu)

Bahan Hiasan:
Serbuk Koko/serbuk chocolate (juga boleh digunakan utk dilapiskan antara lapisan cheese - ikut kesukaan)

Cara Penyediaan:

1. Filling
putar bhn yg bertanda * hingga sebati dan tidak berbiji-biji. tuangkan adunan cheese td ke dalam mangkuk mixer.
2. sementara itu, dalam mangkuk bersih, putar 250g whipping cream dan gula sehingga kembang. uji dengan menterbalikkan mangkuk adunan - whipped cream tak jatuh dan tak mudah bergerak/cair.
3. keluarkan adunan cream cheese dari blender/food processor ke dalam mangkuk lain. masukkan sedikit demi sedikit adunan whipped cream ke dalam adunan cheese. kaup balik secara perlahan. jangan overfolding.
4. Biskut:- celupkan biskut sekejap ke dalam bancuhan kopi td. jgn rendam terlalu lama, nanti berair pulak tiramisu. boleh juga cara ini: susun biskut dalam bekas/loyang. renjiskan bancuhan kopi ke atas biskut sehingga biskut basah sedikit sahaja.
5. susunkan biskut yg telah dicelup ke dalam loyang kek atau bekas dessert. lapiskan dengan adunan cheese. taburkan serbuk koko di atas adunan cheese. kemudian, susunkan lagi baki biskut yg telah dicelup ke dalam bekas, dan lapiskan dengan adunan cheese. dan taburkan serbuk koko ke atas adunan cheese yg kedua. ulang sehingga adunan cheese dan biskut habis. dan hiasi lapisan paling atas dengan serbuk koko, mengikut kreativiti masing2.
6. sejukkan tiramisu dalam petisejuk selama paling kurang 4jam. taburkan serbuk koko/chocolate sebelum dihidang.

KERABU BUNGA KANTAN DAN IKAN BILIS



LAMA dah x post ape2. tunggu hari cuti baru projek jalan.
ari ni rsepi simple.

KERABU IKAN BILIS DAN BUNGA KANTAN

segenggam ikan bilis d goreng
selabu bawang merah di hiris
2 batang bunga kantan di hiris
1 @ 2 biji limau kasturi d perah ambil airnya
lada cili kecil potong bulat2
perasa

campurkan semua jadi satu dan gaulkan dan biarkan sekejap agar sebati dan makan dgn nasi panas
 

IKAN BILIS ISTIMEWA BERSIRA SAMBAL

goreng ikan bilis istimewa


untuk sira
tumbuk bawang putih
cili kering kisar
cuka
gula
sedikit garam

tumis bawang putih
bila dah wangi masukkan cili kering, gula dan sedikit garam
masukkan cuka
bila dah kering sedikit masukkan ikan bilis istimewa tu.matikan api dan kacau hingga serata.

boleh di makan macam tu jer.
makan ngan nasi
ade sesetengah tempat masa kenduri di makan bersama nasi putih dan lauk pauk

*****klu menggunakan cili boh pun boleh cuma klu guna cili boh x payah letak cuka dan garam
 

GETUK UBI



ubi di rebus dan lenyek
sedikit garam
gula 
kelapa parut

gaul jadi satu dan kepalkan dan letak sejam @ lebih dlm peti agar betul mampat.

tepung gandum
tepung beras
sedikit kapor ( untuk merangupkan)
sebiji telo perasa

uli macam tepung untuk goreng pisang.

panaskan minyak celup ubi dalam tepung dan goreng.

NASI GORENG TOMYAM SEAFOOD




bawang putih + bawang merah + cili kering kisar
nasi
kiub tomyam yg d hancurkan dgn sedikit air
perasa
telo hancur
udang
sotong
sayur klu suke

tumis bhn kisa dan masukkan kiub tomyam
masukkan udangdan sotong
masukkan nasi
masukkan telo hancur
masukan perasa dan sayur jika suka
dah masak boleh makan ngan telo dan sy tambah keropok belinjau
 

DENDERAM


nak bagi detail resepi tu x tau.
sy guna 

masak air bersama gula merah. st x sukat masa masak gula merah. tp air gula merah tu x cair. klu ikut resepi asal 1/2 tpg beras guna 1/2 kg gula merah. sy pernah wat. terlampau manis. agaklah lebih kurang 500g tpg brs dan gulamerah 250g pun ok gak. tapis.

tepung beras

tuang air gula yg masih panas tu ke atas tepung beras tadi dan kacau guna sudu @ senduk. kacau sehingga adunan tu nampak macam lembik sikit. sikit jer jgn byk.

pastu perap 24 jam. baru cantk.

caranya membuatnya.

sapukan tgn ngan minyak dan ambil sedikit adunan dan bulatkan. pastu tekan sedikit di atas papan pemotong yg tlh di alas plastik. tekan bhg tgh untuk wat bulatan dgn pembalut benang tu. goreng dlm minyak panas

ini pula resepi dr kawan

sekilo tepung beras
700g gula merah
2 cawan air. (guna cawan air bli kat pasa malam

BUBUR PULUT HITAM


rebus pulut hitam sehingga betul-btul kembang.
sesudah kmbang masukkan santan cair, gula dan sedikit garam
( fungsi garam untuk mlemakkan santan ).
bila dah sebati bolh masukkan santan pekat.
bila dah cukup rasa bolh angkat dan makanlah ape lagi. hiihiihii.
selamat mencuba

CARA WAT TEMPOYAK

assalamualaikum dan selamat ptang kawan2. dah lama sy x masukkan respi2 baru sy. sebab nak sesuaikan diri dgn perniagaan makanan yg dekat 2 tahun sy tinggalkan kerana alah teruk masa mengandungkan anak no 3 dulu.

yg mula2 ni sy bg resepi simple tp sedap


isi durian di lenyek ngan sudu
sedikit garam

cara membuatnya
campurkan sume dan simpan semalamam dan esoknya dah bolh d makan