Selasa, 25 Disember 2012

'TIRAMISU



walau tiramisu aku ni nampak comot tp rasanya mmang sedap. lain kali wat dlm bkas kcil2. biskut ade 1 bungkus lebih. lepas ni wat lagi. tertabur byk lak serbuk kokonya. hiihiihii


TIRAMISU..

Bahan-bahan Filling

*250m cream cheese
*3 tbsp sour cream
*2 tbsp whipping cream (atau heavy cream)
250g whipping cream
120g gula castor (ikut kesukaan masing2)

Bahan Biskut:
1 bungkus biskut ladyfingers (kurang atau lebih)
bancuhan kopi (saya wat nes+susu)

Bahan Hiasan:
Serbuk Koko/serbuk chocolate (juga boleh digunakan utk dilapiskan antara lapisan cheese - ikut kesukaan)

Cara Penyediaan:

1. Filling
putar bhn yg bertanda * hingga sebati dan tidak berbiji-biji. tuangkan adunan cheese td ke dalam mangkuk mixer.
2. sementara itu, dalam mangkuk bersih, putar 250g whipping cream dan gula sehingga kembang. uji dengan menterbalikkan mangkuk adunan - whipped cream tak jatuh dan tak mudah bergerak/cair.
3. keluarkan adunan cream cheese dari blender/food processor ke dalam mangkuk lain. masukkan sedikit demi sedikit adunan whipped cream ke dalam adunan cheese. kaup balik secara perlahan. jangan overfolding.
4. Biskut:- celupkan biskut sekejap ke dalam bancuhan kopi td. jgn rendam terlalu lama, nanti berair pulak tiramisu. boleh juga cara ini: susun biskut dalam bekas/loyang. renjiskan bancuhan kopi ke atas biskut sehingga biskut basah sedikit sahaja.
5. susunkan biskut yg telah dicelup ke dalam loyang kek atau bekas dessert. lapiskan dengan adunan cheese. taburkan serbuk koko di atas adunan cheese. kemudian, susunkan lagi baki biskut yg telah dicelup ke dalam bekas, dan lapiskan dengan adunan cheese. dan taburkan serbuk koko ke atas adunan cheese yg kedua. ulang sehingga adunan cheese dan biskut habis. dan hiasi lapisan paling atas dengan serbuk koko, mengikut kreativiti masing2.
6. sejukkan tiramisu dalam petisejuk selama paling kurang 4jam. taburkan serbuk koko/chocolate sebelum dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan