Jumaat, 2 November 2012

TIPS UNTUK PEMBUATAN KEK






tips ni sy share dr blog
secubit rahsia @ secukup rasa

Persoalan dan Jawaban mengapa Kek yg kita masak tak menjadi


Kek mentega( butter cake) yg tak menjadi, kek itu tenggelam dan bantat dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari dalam oven
=> Jawaban: Kek belum masak betul.

Sewaktu dibakar kek tenggelam dibahagian tengah => Jawaban: suhu oven terlalu panas yg menyebabkab kek dipaksa untuk naik dgn cepat yg menyebabkan kek tenggelam di tengah.
Pada keliling kek terdapat kerak yg bergula
=> Jawaban: Mentega dan gula tidak dipukul dgn sempurna.

Terdapat tompok2 putih pada permukaan kek => Jawaban: gula tidak dipukul dengan sempurna( gula tidak larut dgn sempurna) gunakan gula castor ia cepat larut.
Kek tenggelam atau bantat
=> Jawaban: suhu oven terlalu panas, kek terlalu lama dibakar, bahan kek tidak dipukul dgn sempurna( tak cukup kembang ).

Kek berderai bila dipotong
=> Jawaban: Mentega dan telur dipukul terlalu lama ataupun telur dimasukkan terlalu awal sedangkan gula dan mentega blm cukup kembang.

Kek melekat pada loyang pembakar
=> Jawaban: terlalu banyak gula ataupun jika menggunakan loyang yg baru sebaiknya sapukan loyang dgn mentega atau lapisi dgn kertas kek.

Kek naik dan pecah dipermukaan
=> Jawaban: Loyang terlalu kecil, suhu oven terlalu panas.

Keliling kek menjadi keras
=> Jawaban: Adunan dipukul terlalu lama sebenarnya setelah mentega dan gula cukup kembang kemudian masukkan tepung kaupbalikan saja sehingga sebati. ataupun suhu oven terlalu panas

Kek hampir hangus tp bahagian tengah tetap tidak masak => Jawaban: Suhu oven terlalu panas, kek dibakar terlalu lama, loyang terlalu kecil.

Kek pucat dibahagian tengah
=> Jawaban: Loyang terlalu besar


Tips2 dari Chef Wan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kekyg cantik.

Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega/telur Jika terus digunakan dari peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu.
Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur.
Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.


Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.

Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.

Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, kaupbalikkan saja adunkan tepung hingga ia sebati . Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.

Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.

Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?


Masalah Yang Sering Dihadapi

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

- Kek Terlalu Lembap dan Leper
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
- Kek Merekah di Atas
Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan loyang terlalu kecil.
- Kek yang Mendap di Tengahnya
Ukuran acuan tin tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.
Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.

Soalan ini sering kali diajukan : " kenapa kek tak menjadi seperti yang ada pada gambar resepi?"

Berikut adalah kesalahan-kesalahan biasa yang menyebabkan kek tak menjadi dengan sempurna dan sebab-sebabnya: ( hasil rujukan dari pelbagai sumber dan sumber sendiri)

Kek Tidak Naik Sekata
Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
Bancuhan tepung tidak sebati
Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Kek Menjadi Bantat
Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
Suhu ketuhar terlalu rendah.
Kek Mendap pada Bahagian Tengah
Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.

Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
Kek Terlalu Lembab dan Leper
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Terlalu Berat
Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung
Gula yang digunakan melebihi sukatan
Terlalu banyak cecair
Suhu ketuhar terlalu rendah
Kek Merekah
Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan / loyang terlalu kecil.
Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
Kek Buah Mendap
Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
Terlebih serbuk penaik
Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
Adunan tidak dipukul sebati
Kek Menjadi Keras
Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
Terlalu banyak tepung gandum.
Tidak cukup cecair
Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.
Kek Menjadi Kering
Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
Kek Menjadi seperti Roti
Sukatan serbuk penaik tidak tepat
Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
Tepung tidak sesuai
Adunan tidak dipukul dgn sebati
Kek Menjadi seperti Bingka
Bancuhan tidak dipukul sebati
Terlampau banyak cecair
Tepung terlalu sedikit
Suhu ketuhar tidak cukup panas

Semoga kek anda menjadi.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan