Isnin, 23 April 2012

TIPS UNTUK APAM POLKADOT MENJADI CANTIK DAN GEBU



Tips Apam Polka Dot Jadi Cantik & Gebu....



Hari ni saya nak kongsi beberapa tips or rahsia tersembunyi supaya apam polkadot jadi cantik & gebu. 
Tips ni saya dapat dari pengalaman bila dah banyak kali buat. Kadang2 ada gak apam saya yg tak menjadi, dari situla baru tau banyak rupanya pantang larang buat apam ni. Ni antaranya pantang larang tersebut :

1) Kena pastikan air betul2 panas sebelum nak kukus apam. Kalau tak, apam tak naik. jadi leper. Masa kukus, gunakan api yang sederhana.

2) Jangan terlebih pukul adunan. Nanti apam akan jadi naik semacam.

3) Kalau nak buat banyak2, abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan dia.

4) Pastikan adunan sentiasa sejuk(masuk dalam peti ais jika tidak diguna). Ini untuk memastikan apam tidak "berjerawat"..he3..

5) Kalau nak permukaan apam lagi cantik, sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup. . Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag.

6) Sebelum sudukan tu, kacau dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde.

7) Satu lagi, kukus setingkat2 tau. Waktu kukusan mesti jangan kurang 15 min (walaupun jumlah apam tu kecil). Nanti apam tak betul2 masak.

8) Bekas untuk menyokong apam (bekas lompang) tu kalau nak guna kali ke-2 , make sure kena sejukkan dulu. kalau guna masa bekas tu panas, apam jadi tak naik.

9) Jangan biarkan apam lama di tempat terbuka. nanti apam keras & dah tak lembut. Lepas angkat apam tu, biarkan sjuk dulu. Then, masukkan dalam bekas bertutup.

Tips tambahan untuk letak filling pada apam polkadots.

1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). so cara untuk keraskan filling ialah first panaskn butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkan jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..

Tu je tips yang saya nak share arini. Semua tu hasil dari troubleshooting buat apam. Bukan kerja je ada troubleshooting, wat apam pun ada... he3..Happy Trying..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan