Isnin, 2 April 2012

DONUT BERGULA DAN DONUT SIRA SAMBAL





DONUT YANG GEBU GEBANA
HaSue MYRESEPI
SUMBER AZIE KICHEN

500G tepung gandum ( sy wat lebih bab adunan nampak lembik)
1 paket yis
50g mentega @ marjerin ( sy guna 2 sdb)
1 sdb shortening
2 sdb gula pasir
2 sdb susu pekat
1 biji telo d pukul
1/2 sdk garam
109-200ml air ( sy guna lebih kurang 180ml jer)

caranya

- sediakan bekas besar. masukkan air. selepas itu campurkan yis, gula, susu, marjerin dan shortening.
- biarkan campuran tadi 8-10 minit @ hingga berbuih ( sy wat td buih sikit2 jer)
- setelah yis berbuih ayakkan separuh tepung ke dalam adunan tadi. kacau dgn sudu jer.
- setelah tu campurkan telo yang telah d pukul dengan garam.
- kacau adunan tadi sehingga melekat pada sudu.
- ayak tepung yang selebihnya . gaul menggunakan sudu seketika. uli dengan tangan. x perlu habiskan tepung jikalau adunan sudah boleh d uli dan x melekat d tangan.
- buat donut sampai habis. selepas itu panaskan minyak dan terus goreng .
- pastu boleh tabur ngan gula caster.



untuk sira sambal

10 tangkai cili kering d kisar @ ikut suka
2 sdb cuka
gula secukupnya ( rasanya bia manis sikit)
1@2 ulas bawang putih di tumbuk

- tumis bawang putih hingga naik bau.
- masukkan cili kering.
- bila cili dah kering masukkan cuka dan gula.
bila rasa dah cukup dan sambal tu berkilat ( jgn kering sangat ) masukkan donut yg tlh di goreng tadi.
*****jgn masukkan air walau sedikit pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan