Rabu, 17 Oktober 2012

KHASIAT AIR BERAS

PETANG NI JUGA KITE BERKONGSI KHASIAT AIR BERAS


Setelah membasuh beras untuk memasak nasi, air tersebut jangan dibuang kerana ia mempunyai khasiat yang berguna.

Kita boleh guna untuk bilas ikan-ikan yg sudah disiang untu dimasak, khasiatnya adalah untuk menghilang bau hanyir ikan-ikan tersebut .

Dan lepas cuci ikan jangan dibuang terus air cucian ikan tersebut kerana ianya boleh dibuat siraman pokok bunga , pokok bunga akan subur dan berbunga
 ( sesuai untuk pokok bunga ros ( mawar).

Sesuai kalau kita siramkan pokok tanaman kita seperti cabai( cili ), terung dan sebagainya kerana buahkan akan menjadi lebat dan tidak dimakan ulat.

Air beras tersebut boleh juga kita buat remdam sayur-sayuran yang akan potong untuk memasak untuk mehakiskan kesan-kesan racun sayur pada dan-daun sayur tersebut.

Bagi anda yang mengalami tekanan darah tinggi, air beras basuhan yang pertama boleh diminum untuk mengurangkan tekanan darah. Minumlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Manakala air beras basuhan kedua dan ketiga pula boleh digunakan untuk membasuh muka agar kulit muka lebih licin dan lembut.Amatlah sesuai untuk muka yang berminyak dan berjerawat.

Basuh muka setiap kali anda membasuh beras sambil berselawat sekurang-kurangnya tiga kali sebelum membasuh muka. Amalkan sepanjang masa. yang penting muka akan bercahaya dan berseri .

Khasiat air didih beras

Jika kita ingin minum air beras yang sudah mendidih ( air nasi ) masukan air lebih secawan atau segelas , bila nasi sudah mendidih lebih kurang tiga kali mengelegak kita cedukkan air didih tersebut masukkan kedalam cawan yang tahan panaslah ye, boleh juga masukkan sedikit gula dan minum apabila dah suam-suam atau sejuk.ini sebahagian dari khasiat-khasiat air beras .. jika ada lagi kita kongsi lagi ye.

Air didih ini sangat berkhasiat untuk yang menjaga suara bagi penyanyi atau pembaca Alquran .Amat berkhasiat kepada yang ingin awet muda. amalkan selalu ye.ini adalah sebahagian khasiat-khasiatnya. Jika ada lagi kita akan sambungkan lagi ye, khasiat ini adalah dari pengalaman saya sendiri .






Tiada ulasan:

Catat Ulasan