Isnin, 22 Oktober 2012

ASAM PEDAS TETEL

malam ni kite berkongsi menu asam pedas tetel. teringin nak makan jadi buat sendiri. kat kedai nasi padang ade jual tapi klu masak selalu masin. buat sendiri memang berbaloi. walau penat. heeheehee



tetel lembu dan sedikit daging batang pinang d rebus separuh masak

blen
15 biji cili kering
seulas bawang merah ( klu 2 ulas pun boleh - kuah boleh jadi pekat)
4 ulas bawang putih
2 inch halia
sedikit belacan

serai d ketuk
serbuk kunyit ( klu nak guna kunyit idup boleh blen ngan cili kering tadi)
garam,gula dan aji
pes asam jawa

tumis bahan blender tadi bersama serbukkunyit dan serai.
bila dah naik bau masukkan daging dan airnya sekali. kacau.
pastu masukkan garam, gula dan aji.
renihkan sehingga daging empuk.
dah empuk baru masukkan asam jawa.
asam jawa jgn masukkan dahulu takut daging jadi keras.
dah cukup semuanya boleh hidangkan dan makan ngan nasi panas.
selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan