Jumaat, 23 November 2012

SARDIN ROLL



first time wat sardin roll. bakar guna pan vantage jer. sedap rangup. buat 1 tin besar sardin. jd lebihan wat karipap pulakss.

200g tepung
100g mentega sejuk( sy guna marjerin. malas nak timbang masukan dulu 3 sdb)
1sdk gula
sedikit garam
air secukupnya

- ayak tepung dan garam.
- masukan marjerin dan ramas bersama tepung sehingga menjadi serbuk roti.
- tambah sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh.

inti
1 tin sedang sardin - d ramas2
2bj bawang besar - d cincang
3bj bawang putih - d cincang
5bj cili - d hiris
garam n aji
1 sdk jus lemon
minyak masak

- tuang minyak masak ke dalam kuali dan panaskan.
- tumis bawang besar, bawang putih dan cili.
- bila dah naik bau masukkan sardin dan jus lemon.

PENYEDIAANNYA
- canai pastri nipis dan potong segi empat.
- masukkan sedikit inti sardin dan gulung.
- susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telo.
- bakar pd suhu180c hingga kekuning-kuningan tp sy bakar guna pan vantage jer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan