Khamis, 27 September 2012

KUIH GETAS

alhamdulillah pagi yang sejuk. pagi yang di basahi hujan dari malam tadi lagi. apa khabar anda semua.
pagi yg indah ni kite kongsi resepi sempoi dr saya















KUIH GETAS

resepinya simple tapi kalau xder keinginan memang tak jadikan



250g tepung pulut
5sdb tepung gandum
sedikit minyak
1/2 bj kelapa parut
1/2sdk garam

- semua bhn d cAmpurkan dan sebatikan.
- pastu baru d tuang air dan uli.
- bentukkan macam d bawah ni










inilah kuih getas yang baru di goreng dan belum di sira,





BAHAN UNTUK SIRA GULA



1 1/2 cawan gula
sedikit air

masak gula dan air dgn api sederhana. lebih kurang dalam seminit pastu masukan kuih yg dah d goreng td. kecilkan api dan sentiasa kacau. bila gula dah melekat matikan api agar gula x menjadi perang. kacau sehingga gula kering
 


kuih ni bukan sahaja boleh di sira gula. kita boleh juga sira lada




GETAS SIRA LADA





BAHAN-BAHANNYA





Bawang putih


udang kering


cili kering kisa


gula


cuka



cara-caranya



bawang putih d tumbuk bersama sedikit udang kering. tumis pastu masukkan cili kering
bila dah kering sikit masukkan gula dan cuka
pastu golekan kuih getas yg tlh d goreng.
rasanya lemak dam masam-masam manis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan