Sabtu, 6 Oktober 2012

APAM DEWA

malam ni terasa sunyi. mata tak boleh tido so malam ni kite berkongsi resepi yang sekarang menjadi kegilaan rakan-rakanku di group resepi iaitu apam dewa.

resepinya simple tapi mengancam


APAM DEWA
SUMBER : ANI BAWOK


Bahan-bahannya:
6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete (optional)
1 sudu kecil esen vanila (optional)
2 cawan tepung gandum

Cara Membuat:

Didihkan air dalam periuk kukus.
Sementara itu, lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.
Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.
Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah sehingga semua warna adunan habis.







Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah adunan. Buat kepada empat bahagian.


















Kukus apam selama 40 minit menggunakan api sederhana.








***tips
GAMBA YANG NO 1 TU CARA NAK MENGUKUS SUPAYA CEPAT MASAK DAN X RISAU KUIH X MASAK WALAUPUN TEBAL. atas citak lompang tu letak loyang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan