Sabtu, 13 Oktober 2012

PIZZA HOMEMADE RAZI

ASSALAMUALAIKUM sahabat -sahabat idah sekalian. pagi yang indah, cerah dan ceria. moga-moga anda semua ceria pagi ini. hari ni idah berkongsi resepi simple dan sedap . Ala pizza hut tapi ni d beri nama pizza homemade razi. atas permintaan. tulislah resepi yang ibu buat ade nama razi. barulah mengancam.  heehehee

credit to ROZAINI ADENAN dr group DÇOOKING ROOM yg bagi saya resepi pizza yang mudah dan ringkas. topping saya simple mengikut citarasa anak2 dan suami. kalau nak tambah boleh tambah bahan yang lain. ape yang kite suke


resepinya ialah


PIZZA

Untuk doh pizza

2 cawan tepung gandum
2 st yis segera
1/2 st garam
1 st gula
2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
( SY GUNA MINYAK MASAK JER)
1/2 cwn air suam untuk menguli

Untuk sos pizza

1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sb minyak masak
3 sb tomato puri
2 sb sos tomato
3/4 st gula
1 st oregano
garam & gula


cili kering kisar klu suka dan nak pedas

Untuk Topping

sosej
daging lembu
Lada benggal merah @ hijau
Keju mozarela
( klu nak tambah lain2 bhn ok. gak)

Cara-cara

Untuk doh pizza

Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar.
Gaul rata.
Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan.


 Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak @ di alaskan plastik supaya doh tidak melekat d mangkuk .Tutup bekas dgn plastik cling @ kain yg tebal.
perap 60minit supaya doh naik sekali ganda.
Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan ( saya x gunakan loyang . saya bakar guna pan vantage) 
. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. 
Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.

Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.







Untuk sos pizza

Tumis bawang hingga naik bau.
Masuk bahan2 yang lain.
Masak sampai agak pekat.
Tutup api & sejukkan sebentar.
***mana nak yang pedas sikit boleh tambah cili kisar. tumis sekali ngan bawang





lebihan sos boleh tuang atasnya bile dak siap bakar. sedap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan