Selasa, 9 Oktober 2012

APAM NASI

kalau sebelum ni kite berkongsi apam senyum dan hari ini kite berkongsi buat apam nasi pulak. rasanya sedap. tak tawar dan tak manis. di makan tanpa kelapa pun sedap. ok ini resepinya. taraaa.....


APAM NASI

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 cawan gula
1 sdb mauripan
kelapa parut putih





saya menggunakan acuan ini untuk membuat apam comel2 ni





dan buat pengetahuan semua acuan ni ade 2 saiz. sebalah kiri tu saiz kecil dan sebelah kanan adalah cuan besar. saya gunakan acuan kecil. nampak comel.







- blend nasi , air dan gula. selepas itu tambahkan mauripan.
- satukan dalam adunan tepung . perap 3 jam,
- masukkan dalam acuan kecil dan kukus 15minit.


***cara nak buat lorekkan tu 
ambil lidi dan lorekan apa yang kite suka. 
selepas sekali lorek lap lidi tu agar lorekan kedua tak bercampur warna




Tiada ulasan:

Catat Ulasan