Isnin, 22 Oktober 2012

ASAM PEDAS TETEL

malam ni kite berkongsi menu asam pedas tetel. teringin nak makan jadi buat sendiri. kat kedai nasi padang ade jual tapi klu masak selalu masin. buat sendiri memang berbaloi. walau penat. heeheehee



tetel lembu dan sedikit daging batang pinang d rebus separuh masak

blen
15 biji cili kering
seulas bawang merah ( klu 2 ulas pun boleh - kuah boleh jadi pekat)
4 ulas bawang putih
2 inch halia
sedikit belacan

serai d ketuk
serbuk kunyit ( klu nak guna kunyit idup boleh blen ngan cili kering tadi)
garam,gula dan aji
pes asam jawa

tumis bahan blender tadi bersama serbukkunyit dan serai.
bila dah naik bau masukkan daging dan airnya sekali. kacau.
pastu masukkan garam, gula dan aji.
renihkan sehingga daging empuk.
dah empuk baru masukkan asam jawa.
asam jawa jgn masukkan dahulu takut daging jadi keras.
dah cukup semuanya boleh hidangkan dan makan ngan nasi panas.
selamat mencuba

Jumaat, 19 Oktober 2012

PUDING JAGUNG KARAMEL




PUDING JAGUNG KARAMEL...

Bahan2

1 cwn susu segar ( sy guna dutch lady) susu cair pun bole tp mungkin mudah muak.
4 biji telur
1/2 cwn gula
1/2 cwn air
1 cwn krim jagung
2 s/b tpg kastard (tpung jagung bole juga)
1 s/k esen vanilla







cara2:
untuk karamel

taburkan 2s/b gula pasir dlm loyang
masak diatas api kecil hingga perang
pastikan ia rata keseluruhan permukaan loyang
sejukkan sebentar...

untuk pudingnya

blen sume bhn di atas kecuali krim jagung.






tapis bhn blen tadi dan campurkan krim jagung.
tuang adunan tadi ke atas karamel yang telah mengeras.
kukus selama 30 minit.

pastikan bawah loyang di letak citak lompang supaya wap setara panasnya dan cepat masak. klu x guna teknik ni kena kukus 1 jam.







guna loyang kecil untuk kek 1/2 kilo.

yang saya guna ni loyang untuk sekilo kek jadi ia tipis.

bila dah sejuk baru terbalikkan.
masukkan dalam peti ais baru sedap d makan


*****untuk masakan yang menggunakan susu cair lebih sedap d tukar kepada susu segar. rasanya lebih enak dan seperti kite menggunakan pati santan





saya memang ade stok kat uma susu ni. pelbagai jenis masakan yang menggunakan susu cair sy akan tukarkan pada susu segar ni

AYAM GORENG KUNYIT BERCUKA


1/2 EKOR AYAM - DI GORENG LAYU
SEBIJI BAWANG MERAH
3 BIJI BAWANG PUTIH
SERAI D KETUK
8 BJ CLI PADI
2 INCI HALIA
SERBUK KUNYIT
GARAM GULA DAN AJI
CUKA
SEDIKIT AIR

CARA-CARANYA

AYAM GORENG LAYU DAN KETEPIKAN
HIRIS BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH, HALIA DAN CILI PADI.
TUMIS BAHAN HIRIS BERSAMA SERAI. BILA DAH AGAK LAYU
MASUKKAN AYAM, GULA, AJI, SEDIKIT GARAM DAN SERBUK KUNYIT.
 MASUKKAN AIR DAN TUTUP MASAKAN TADI SEBENTAR SAMBIL DI KACAU.
MASUKKAN CUKA DAN TUTUP LAGI.
BILA DAH AGAK2 MASAK RASA MASAM-MASAM MANIS BOLEH DI ANGKAT

HOMEMADE SARDIN DAN SAMBAL SARDIN BERSERTA LEMPENG LEMAK

hari ini kite berkongsi cara untuk membuat sardin di rumah. kalau buat sendiri terjamin kebersihan dan tak ada bahan pengawet.

SARDIN HOMEMADE


BHN2
1 1/2 KILO IKAN TUNA/SARDIN/TENGGIRI- DI POTONG IKUT SUKA
1 TIN KECIL TOMATO PUREE
1 SUDU LADA SULAH
3/4 CAWAN MINYAK KELAPA
1 SUDU GARAM
1 SUDU GULA
300G BUAH TOMATO D BLEN DGN 1 3/4 CAWAN AIR

CARANYA
-MASUKKAN SEMUA BAHAN KE DALAM PERIUK SLOW COOKER
-MASAK SELAMA 4-7 JAM.

BILA SEJUK SIMPAN DALAM PETI AIS DLM BEKAS YG BERTUTUP RAPAT.
BILA NAK MAKAN AMBIK SIKIT IKUT KEPERLUAN DAN MASAK SARDIN SPT BIASA..BAKINYA SIMPAN LG DLM PETI SEJUK




SAMBAL SARDIN

15 batang cili kering
1 ulas bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inch halia
sebatang serai d ketuk

cili, bawang putih, bawang merah dan halia d kisar halus
tumis bhn kisar dan serai.
bila dah naik bau masukkan ikan sardin tadi 
masukkan gula dan ajinamoto. garam klu perlu.
bila dah mendidih dan ikan dah serap rempah bolehlah di angkat.

sedap juga sambal ni di makan bersama lempeng lemak


bahan untuk lempeng ni simple jer

2 cawan tepung gandum
1/2 sdk garam
air secukupnya

campurkan tepung ke dalam mangkuk bersama garam
tuang air dan uli. adunan jgn terlalu pekat.
pastu masak atas kuali tipis2. kalau rajin boleh letak pewarna

Rabu, 17 Oktober 2012

AYAM MASAK MERAH AISYAH





ari ni masak merah versi moden. haahaha
simple sgt. pandai jer versi moden tp sebenonya terlupa nak bli tomato puri. jom sayA ceciter

blen
cili kisar
bawang putih
bawang merah
halia

ayam goreng layu d gaul ngan aji dan garam

serai d ketuk
sos tomato
sos plum
gula

tumis bhn blen dan serai hingga naik bau.
masukan gula supaya warna merah mengancam
dah wangi masukkan ayam
masukkan sos tomato dan sos plum
tambah air dan golekkan
air lebih sikit supaya membolehkan ayam serap kuah.
bila dah kering sikit. bole angkat.

tu die versi ringkas bab sy suka ringkas2 klu masak.

KHASIAT AIR BARLI

selepas kite berkongsi khasiat air beras kite berkongsi pula khasiat air barli


lRamai yang menggemari air barli untuk diminum tidak dikira pada waktu pagi, tengahari, petang atau malam.

Bijirin barli berasal dari Ethiopia dan Asia Tenggara yang ditanam lebih dari 10,000 tahun yang lalu serta dijadikan bahan perubatan untuk pelbagai jenis penyakit.

Bijirin barli...banyak khasiat

Khasiat barli dipercayai
dapat menyejukkan badan
baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.
membantu merendahkan kolesterol
meredakan sembelit
mencegah penyakit kanser.







Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti
fiber
vitamin
mineral penting (Vitamin B3)
thiamine ( Vitamin B1)
selenium
iron
magnesium
zinc
phosphorus
copper
niacin
sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.







Air barli...digemari ramai, Jika meminum air barli selalu diamalkan,
ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan,
memelihara buah pinggang,
melawaskan kencing
membantu untuk sistem penghadaman.


KHASIAT AIR BERAS

PETANG NI JUGA KITE BERKONGSI KHASIAT AIR BERAS


Setelah membasuh beras untuk memasak nasi, air tersebut jangan dibuang kerana ia mempunyai khasiat yang berguna.

Kita boleh guna untuk bilas ikan-ikan yg sudah disiang untu dimasak, khasiatnya adalah untuk menghilang bau hanyir ikan-ikan tersebut .

Dan lepas cuci ikan jangan dibuang terus air cucian ikan tersebut kerana ianya boleh dibuat siraman pokok bunga , pokok bunga akan subur dan berbunga
 ( sesuai untuk pokok bunga ros ( mawar).

Sesuai kalau kita siramkan pokok tanaman kita seperti cabai( cili ), terung dan sebagainya kerana buahkan akan menjadi lebat dan tidak dimakan ulat.

Air beras tersebut boleh juga kita buat remdam sayur-sayuran yang akan potong untuk memasak untuk mehakiskan kesan-kesan racun sayur pada dan-daun sayur tersebut.

Bagi anda yang mengalami tekanan darah tinggi, air beras basuhan yang pertama boleh diminum untuk mengurangkan tekanan darah. Minumlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Manakala air beras basuhan kedua dan ketiga pula boleh digunakan untuk membasuh muka agar kulit muka lebih licin dan lembut.Amatlah sesuai untuk muka yang berminyak dan berjerawat.

Basuh muka setiap kali anda membasuh beras sambil berselawat sekurang-kurangnya tiga kali sebelum membasuh muka. Amalkan sepanjang masa. yang penting muka akan bercahaya dan berseri .

Khasiat air didih beras

Jika kita ingin minum air beras yang sudah mendidih ( air nasi ) masukan air lebih secawan atau segelas , bila nasi sudah mendidih lebih kurang tiga kali mengelegak kita cedukkan air didih tersebut masukkan kedalam cawan yang tahan panaslah ye, boleh juga masukkan sedikit gula dan minum apabila dah suam-suam atau sejuk.ini sebahagian dari khasiat-khasiat air beras .. jika ada lagi kita kongsi lagi ye.

Air didih ini sangat berkhasiat untuk yang menjaga suara bagi penyanyi atau pembaca Alquran .Amat berkhasiat kepada yang ingin awet muda. amalkan selalu ye.ini adalah sebahagian khasiat-khasiatnya. Jika ada lagi kita akan sambungkan lagi ye, khasiat ini adalah dari pengalaman saya sendiri .






KARIPAP SARDIN





petang ni menu karipap sardin. sambil minum kopi. dah lama tak buat karipap sendiri. dulu masa tolong mak meniaga untuk bulan pose cuma mesin jer. x pernah uli doh. seingat idah menguli doh karipap ni masa umur anak idah yg sulung setahun setengah. sekarang anak dah berumur 12 thn baru nak menguli balik.
datang mood rajin.
tengahhari nasi jagung ngan ayam masak merah
petang karipap sardin. huuuh
uu

KARIPAP SARDIN

untuk doh
2 cawan tepung gandum( untuk 13-15 bj)
3 sdb marjerin
1/2 sdk garam
air secukupnya ( sikit jer sy wat x sampai 1/2 cawan)

marjerin dan tepung d gaul sehingga menjadi serbuk roti
air dan garam d campukan dan masukkan kedalam tepung
jgn masukan sekaligus air takut terlembek. masukkan sikit2.
uli sehingga x melekat d tangan.

inti sardin

1 tin sedang sardin - d ramas2
2bj bawang besar - d cincang
3bj bawang putih - d cincang
5bj cili - d hiris
garam n aji
1 sdk jus lemon
minyak masak

- tuang minyak masak ke dalam kuali dan panaskan.
- tumis bawang besar, bawang putih dan cili.
- bila dah naik bau masukkan sardin dan jus lemon.

x lawa karipapnya tp lembut. ( masuk lif tekan sendiri)
 . selamat mencuba pren2

KEK COKLAT LAPIS KEJU

petang yang indah. hari kite berkongsi resepi yg memang sedap sangat. kek coklat yang d pandankan dengan rasa cheese memang sedap. kek ni saya buat khas untuk hari lahir anak saya yang sulung. lepas ni x payah bli kek kat lua lagi. klu kek ni d jual kat lua mungkin rm 50 tapi bile buat sendiri modal x sampai separuh pun


resepinya mari kite lihat

KEK COKLAT LAPIS KEJU

bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak @ mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telo

bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk penaik
3/4 cawan serbuk koko
*****semuanya d ayak.

- masukkan semua bahan A dalam blen dan blen hingga gula hancur.
- bahan b yang telah d ayak campurkan dengan bahan A sedikit demi sedikit. ( tp sy masuk sekaligus)

untuk lapisan keju







BHN CHEESE..

250 gm cream cheese
60 gm gula castor
25 ml air
25 gm tepung gndudm
1 bj telo.

~pukul semua bhn kecuali telo hingga kembang dn gebu.
~ masukkn telo dn pukul lg.
* bila semua dh siap..boleh la kukus selang seli mcm buat kuih lapis...kukus dlm 10 minit..

untuk topping
- cairkan coklat menggunakan teknik double boiling.
- alihkan dr api masukkan susu pekat manis td.
****jikalau rasa toppingnyer pekat sgt boleh tambah sedikit susu cair
****untuk mengilatkan topping tambah sedikit marjerin.





selamat mencuba



Sabtu, 13 Oktober 2012

PIZZA HOMEMADE RAZI

ASSALAMUALAIKUM sahabat -sahabat idah sekalian. pagi yang indah, cerah dan ceria. moga-moga anda semua ceria pagi ini. hari ni idah berkongsi resepi simple dan sedap . Ala pizza hut tapi ni d beri nama pizza homemade razi. atas permintaan. tulislah resepi yang ibu buat ade nama razi. barulah mengancam.  heehehee

credit to ROZAINI ADENAN dr group DÇOOKING ROOM yg bagi saya resepi pizza yang mudah dan ringkas. topping saya simple mengikut citarasa anak2 dan suami. kalau nak tambah boleh tambah bahan yang lain. ape yang kite suke


resepinya ialah


PIZZA

Untuk doh pizza

2 cawan tepung gandum
2 st yis segera
1/2 st garam
1 st gula
2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
( SY GUNA MINYAK MASAK JER)
1/2 cwn air suam untuk menguli

Untuk sos pizza

1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sb minyak masak
3 sb tomato puri
2 sb sos tomato
3/4 st gula
1 st oregano
garam & gula


cili kering kisar klu suka dan nak pedas

Untuk Topping

sosej
daging lembu
Lada benggal merah @ hijau
Keju mozarela
( klu nak tambah lain2 bhn ok. gak)

Cara-cara

Untuk doh pizza

Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar.
Gaul rata.
Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan.


 Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak @ di alaskan plastik supaya doh tidak melekat d mangkuk .Tutup bekas dgn plastik cling @ kain yg tebal.
perap 60minit supaya doh naik sekali ganda.
Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan ( saya x gunakan loyang . saya bakar guna pan vantage) 
. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. 
Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.

Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.







Untuk sos pizza

Tumis bawang hingga naik bau.
Masuk bahan2 yang lain.
Masak sampai agak pekat.
Tutup api & sejukkan sebentar.
***mana nak yang pedas sikit boleh tambah cili kisar. tumis sekali ngan bawang





lebihan sos boleh tuang atasnya bile dak siap bakar. sedap

Rabu, 10 Oktober 2012

IKAN SIAKAP SERI

Biasanya orang akan wat siakap kukus. tapi ari ni saya sajikan mata anda sume ngan siakap rebus jer. rasanya sama. tak payah keluarkan kukusan. hanya letak kuali dan letak bahan-bahannya sekali. dah siap letak baru hidupkan api. simplekan. hiihiihii.



bahan hiris

2 labu bawang besar
2 inch halia
3 biji cili merah
pastu
4 biji cili padi klu suka nak pedas lagi
3 labu bawang putih jeruk
2 helai daun limau purut
sebatang serai d ketuk
3 keping asam gelugor
2 ekor ikan siakap
air yang mencukupi

cara-caranya

ikan selepas d bersihkan. susun dalam kuali seperti dalam gambar.
susun semua bahan-bahan yang lain tadi dan tambahkan perasa, garam dan sedikit gula.
rebus dalam api yg sederhana. air bia lebih sikit.
klu kukus x payah letak air.
daun limau purut tu susun atas sekali supaya x pahit. ( daun limau purut klu terendam lama akan pahit masakan ni sebab kite rebus agak lama sikit .
bila dah masak. hidang dan

SELAMAT MENCUBA


TEKNIK BUAT SOSEJ BUNGA

IA BOLEH JUGAMENGGUNAKAN DOH ROTI, DONUT ATAUPUN ROTI YANG TLH D GELEK.

KHASIAT CUKA EPAL




Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis
Riwayat Muslim dan Ibn Majah.

Senarai khasiat cuka epal dan madu adalah seperti dibawah:
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Cara Penggunaan:
1) Campur dengan segelas air suam / diminum sejam sebelum makan apa2 @ ketika bangun tidur @ sebelum tidur
2) Campur dengan segelas air suam / plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2 @ ketika bangun tidur @ sebelum tidur

"kesihatanmu adalah kecantikkanmu"

Selasa, 9 Oktober 2012

APAM NASI

kalau sebelum ni kite berkongsi apam senyum dan hari ini kite berkongsi buat apam nasi pulak. rasanya sedap. tak tawar dan tak manis. di makan tanpa kelapa pun sedap. ok ini resepinya. taraaa.....


APAM NASI

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 cawan gula
1 sdb mauripan
kelapa parut putih





saya menggunakan acuan ini untuk membuat apam comel2 ni





dan buat pengetahuan semua acuan ni ade 2 saiz. sebalah kiri tu saiz kecil dan sebelah kanan adalah cuan besar. saya gunakan acuan kecil. nampak comel.







- blend nasi , air dan gula. selepas itu tambahkan mauripan.
- satukan dalam adunan tepung . perap 3 jam,
- masukkan dalam acuan kecil dan kukus 15minit.


***cara nak buat lorekkan tu 
ambil lidi dan lorekan apa yang kite suka. 
selepas sekali lorek lap lidi tu agar lorekan kedua tak bercampur warna




SAMBAL GORENG SIMPLE ALA IDAH



masakan simple wat ari ni. mak datang bawa hati dan pedal rebus so tercetuslah idea nak wat sambal goreng simple. oleh kerana mak x suke fucuk @ tahu kering jadi guna sohon jer

SAMBAL GORENG SIMPLE

hiriskan
bawang putih
bawang besar
halia
lada cili

hati dan pedal ayam di rebus bersama garam dan sedikit aji. dan di gunting kecil2 spt dalam gamba.
(klu nak lagi best boleh tambah limpa, babat dan udang yang dah d buang kulit)

kentang d potong dadu dan di goreng
(klu nak tambah tempe dan tahu.ok gak)

sohon dan fucuk @ tahu kering d rendam agar lembut.
air asam jawa, garam, gula dan perasa

caranya

goreng bhn hirisan tadi sehingga naik layu dan wangi.
masukan sohon dan fucuk dan sedikit air. kacaurata.
masukan hati, pedal dan kentang tadi.
masukkan air asam jawa, garam, gula dan perasa
kacau dan apabila rempah dah meresap dan masak. bolehlah rasa dan angkat.

selamat mencuba

Isnin, 8 Oktober 2012

APAM SUA

malam ni terasa sunyi. si kecil ni dah tido. kakak dan abang main game dan ibunya ni apalagi ngadap lappy. jadi godeh punya godeh hari ni idah kongsikan sejenis kuih muih dari kelantan apam sua boleh .iban n puri pun boleh

inilah rupa apam sua kite

credit to Ibu Zai memang terbaik. sedap. resepi yang ibu Zai bagi ni memang sedap. pada bulan puasa dulu sy wat berniaga lagi dengan resepi ni.

apam sua,iban,puri, 
IBU ZAI

bahannya .



1cwn tepung
1 telur.
1camt yis.
2camt gula.
1cwn air.
2camt eno.
garam skit
pewarna
****blendkn semua kecuali eno dh sebati tu bru msuknya dn kacau2 le.















intinya 



1/2cwn gamdum.
1camb tepung kastad.
1/2cwn gula.
11/2 cwn air
sebatikn ats api slow spai likat.





cara wat kuih ni mcm kuih ketayap saje.

Sabtu, 6 Oktober 2012

AYAM PANGGANG HARMONI


alhamdulillah petang tadi sampai sudah pan vantage cookware. jadi sekarang ni wat percubaan panggang ayam.

semua kata klu dah ada ni jawapnya oven boleh jadi tukunlah. heeheehee

ni saya sertakan menu yg saya main hentam jer'


ayam panggang percubaan guna pan vantage . rentung sikit bab tgh layan kecik. memang masak betul. resepi ikut kepala sendiri nak letak ape. heeheehee

cili kisar
bawang putih
bawang merah
gula melaka
perasa
garam
daun parsly kering
limau kasturi @ limau sambal

sume gaul jd satu
perap 1 jam

masukan 1 sd marjerin kat pan n letak ayam .
panggang 25m dah masak.

APAM DEWA

malam ni terasa sunyi. mata tak boleh tido so malam ni kite berkongsi resepi yang sekarang menjadi kegilaan rakan-rakanku di group resepi iaitu apam dewa.

resepinya simple tapi mengancam


APAM DEWA
SUMBER : ANI BAWOK


Bahan-bahannya:
6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete (optional)
1 sudu kecil esen vanila (optional)
2 cawan tepung gandum

Cara Membuat:

Didihkan air dalam periuk kukus.
Sementara itu, lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.
Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.
Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah sehingga semua warna adunan habis.







Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah adunan. Buat kepada empat bahagian.


















Kukus apam selama 40 minit menggunakan api sederhana.








***tips
GAMBA YANG NO 1 TU CARA NAK MENGUKUS SUPAYA CEPAT MASAK DAN X RISAU KUIH X MASAK WALAUPUN TEBAL. atas citak lompang tu letak loyang