Selasa, 25 Disember 2012

KEK PISANG



8 bji pisang masak 40 ari ( asal guna berangan)
2 cwn tpg gndum
1 cwn gula
1/2 cwn myk masak( yg kat gambar ni x letak minyak masak tp tetap jadi bab terlupa)
1 st esen vanilla
1 st esen pisang (xde pn xpe)
1 st soda bikarbonat ( sy guna 1/2 sdt jer)
1 st baking powder
2 bji telur

*ayakkan tepung,soda dgn baking powder dan ketepikn..
**blendkan telur dgn gula hgga kembang,msukkn esen vanilla,esen pisang dgn pisang n blender lg... campurkn tepung yg diayak sedikit demi sedikit selang-seli dgn minyak...gaul sebati
***griskn loyang dgn marjerin n tuangkan adunan kedlm loyang..masukkan kedlm periuk kukusan...kukus lbih krg 40 mnit hgga masak.









BELEBAT UBI




5 cawan ubi parut
2 cawan kelapa parut
gula ikut suka
pewarna perang
1/2 sdk garam

gaul jadi sebati
kukus 40m
 

'TIRAMISU



walau tiramisu aku ni nampak comot tp rasanya mmang sedap. lain kali wat dlm bkas kcil2. biskut ade 1 bungkus lebih. lepas ni wat lagi. tertabur byk lak serbuk kokonya. hiihiihii


TIRAMISU..

Bahan-bahan Filling

*250m cream cheese
*3 tbsp sour cream
*2 tbsp whipping cream (atau heavy cream)
250g whipping cream
120g gula castor (ikut kesukaan masing2)

Bahan Biskut:
1 bungkus biskut ladyfingers (kurang atau lebih)
bancuhan kopi (saya wat nes+susu)

Bahan Hiasan:
Serbuk Koko/serbuk chocolate (juga boleh digunakan utk dilapiskan antara lapisan cheese - ikut kesukaan)

Cara Penyediaan:

1. Filling
putar bhn yg bertanda * hingga sebati dan tidak berbiji-biji. tuangkan adunan cheese td ke dalam mangkuk mixer.
2. sementara itu, dalam mangkuk bersih, putar 250g whipping cream dan gula sehingga kembang. uji dengan menterbalikkan mangkuk adunan - whipped cream tak jatuh dan tak mudah bergerak/cair.
3. keluarkan adunan cream cheese dari blender/food processor ke dalam mangkuk lain. masukkan sedikit demi sedikit adunan whipped cream ke dalam adunan cheese. kaup balik secara perlahan. jangan overfolding.
4. Biskut:- celupkan biskut sekejap ke dalam bancuhan kopi td. jgn rendam terlalu lama, nanti berair pulak tiramisu. boleh juga cara ini: susun biskut dalam bekas/loyang. renjiskan bancuhan kopi ke atas biskut sehingga biskut basah sedikit sahaja.
5. susunkan biskut yg telah dicelup ke dalam loyang kek atau bekas dessert. lapiskan dengan adunan cheese. taburkan serbuk koko di atas adunan cheese. kemudian, susunkan lagi baki biskut yg telah dicelup ke dalam bekas, dan lapiskan dengan adunan cheese. dan taburkan serbuk koko ke atas adunan cheese yg kedua. ulang sehingga adunan cheese dan biskut habis. dan hiasi lapisan paling atas dengan serbuk koko, mengikut kreativiti masing2.
6. sejukkan tiramisu dalam petisejuk selama paling kurang 4jam. taburkan serbuk koko/chocolate sebelum dihidang.

KERABU BUNGA KANTAN DAN IKAN BILIS



LAMA dah x post ape2. tunggu hari cuti baru projek jalan.
ari ni rsepi simple.

KERABU IKAN BILIS DAN BUNGA KANTAN

segenggam ikan bilis d goreng
selabu bawang merah di hiris
2 batang bunga kantan di hiris
1 @ 2 biji limau kasturi d perah ambil airnya
lada cili kecil potong bulat2
perasa

campurkan semua jadi satu dan gaulkan dan biarkan sekejap agar sebati dan makan dgn nasi panas
 

IKAN BILIS ISTIMEWA BERSIRA SAMBAL

goreng ikan bilis istimewa


untuk sira
tumbuk bawang putih
cili kering kisar
cuka
gula
sedikit garam

tumis bawang putih
bila dah wangi masukkan cili kering, gula dan sedikit garam
masukkan cuka
bila dah kering sedikit masukkan ikan bilis istimewa tu.matikan api dan kacau hingga serata.

boleh di makan macam tu jer.
makan ngan nasi
ade sesetengah tempat masa kenduri di makan bersama nasi putih dan lauk pauk

*****klu menggunakan cili boh pun boleh cuma klu guna cili boh x payah letak cuka dan garam
 

GETUK UBI



ubi di rebus dan lenyek
sedikit garam
gula 
kelapa parut

gaul jadi satu dan kepalkan dan letak sejam @ lebih dlm peti agar betul mampat.

tepung gandum
tepung beras
sedikit kapor ( untuk merangupkan)
sebiji telo perasa

uli macam tepung untuk goreng pisang.

panaskan minyak celup ubi dalam tepung dan goreng.

NASI GORENG TOMYAM SEAFOOD




bawang putih + bawang merah + cili kering kisar
nasi
kiub tomyam yg d hancurkan dgn sedikit air
perasa
telo hancur
udang
sotong
sayur klu suke

tumis bhn kisa dan masukkan kiub tomyam
masukkan udangdan sotong
masukkan nasi
masukkan telo hancur
masukan perasa dan sayur jika suka
dah masak boleh makan ngan telo dan sy tambah keropok belinjau
 

DENDERAM


nak bagi detail resepi tu x tau.
sy guna 

masak air bersama gula merah. st x sukat masa masak gula merah. tp air gula merah tu x cair. klu ikut resepi asal 1/2 tpg beras guna 1/2 kg gula merah. sy pernah wat. terlampau manis. agaklah lebih kurang 500g tpg brs dan gulamerah 250g pun ok gak. tapis.

tepung beras

tuang air gula yg masih panas tu ke atas tepung beras tadi dan kacau guna sudu @ senduk. kacau sehingga adunan tu nampak macam lembik sikit. sikit jer jgn byk.

pastu perap 24 jam. baru cantk.

caranya membuatnya.

sapukan tgn ngan minyak dan ambil sedikit adunan dan bulatkan. pastu tekan sedikit di atas papan pemotong yg tlh di alas plastik. tekan bhg tgh untuk wat bulatan dgn pembalut benang tu. goreng dlm minyak panas

ini pula resepi dr kawan

sekilo tepung beras
700g gula merah
2 cawan air. (guna cawan air bli kat pasa malam

BUBUR PULUT HITAM


rebus pulut hitam sehingga betul-btul kembang.
sesudah kmbang masukkan santan cair, gula dan sedikit garam
( fungsi garam untuk mlemakkan santan ).
bila dah sebati bolh masukkan santan pekat.
bila dah cukup rasa bolh angkat dan makanlah ape lagi. hiihiihii.
selamat mencuba

CARA WAT TEMPOYAK

assalamualaikum dan selamat ptang kawan2. dah lama sy x masukkan respi2 baru sy. sebab nak sesuaikan diri dgn perniagaan makanan yg dekat 2 tahun sy tinggalkan kerana alah teruk masa mengandungkan anak no 3 dulu.

yg mula2 ni sy bg resepi simple tp sedap


isi durian di lenyek ngan sudu
sedikit garam

cara membuatnya
campurkan sume dan simpan semalamam dan esoknya dah bolh d makan

Jumaat, 23 November 2012

SARDIN ROLL



first time wat sardin roll. bakar guna pan vantage jer. sedap rangup. buat 1 tin besar sardin. jd lebihan wat karipap pulakss.

200g tepung
100g mentega sejuk( sy guna marjerin. malas nak timbang masukan dulu 3 sdb)
1sdk gula
sedikit garam
air secukupnya

- ayak tepung dan garam.
- masukan marjerin dan ramas bersama tepung sehingga menjadi serbuk roti.
- tambah sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh.

inti
1 tin sedang sardin - d ramas2
2bj bawang besar - d cincang
3bj bawang putih - d cincang
5bj cili - d hiris
garam n aji
1 sdk jus lemon
minyak masak

- tuang minyak masak ke dalam kuali dan panaskan.
- tumis bawang besar, bawang putih dan cili.
- bila dah naik bau masukkan sardin dan jus lemon.

PENYEDIAANNYA
- canai pastri nipis dan potong segi empat.
- masukkan sedikit inti sardin dan gulung.
- susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telo.
- bakar pd suhu180c hingga kekuning-kuningan tp sy bakar guna pan vantage jer

Khamis, 22 November 2012

SERAWA DURIAN @ GULA DURIAN






semalam pagi wat gula durian. kononnya petang nak makan ngan pulut tp tghhari dah abis. di rewang usben ngan kakak. part ni sy suka makan biji durian rasa macam biji cempedak rebus.

rebus dulu durian ngan air
bile dah empuk masukkan santan gula, garam dan pewarna perang.
sy xder gula merah jadi tukar pada pewarna.
masak sampai pekat

Selasa, 20 November 2012

CREPE DURIAN, OREO DAN STRAWBERRY





bhn2nya

2 sdb tpg gndum
2 sdb tepung ubi
1 sdb tpg kastard
1 sdb tpg jagung
1 biji telur
1 sdb myk masak
1 sdb gula halus( sy guna gula icing )
-40ml susu cair
-150ml air
-pewarna kuning

-masuk semua bahan dalam mangkuk..sebatikan dgn whisk dan tapis..
kalau pekat hanya tambah air sikit..
-boleh jugak blender..cuma sedikit berbuih..kene hilangkan buih2 tu..dulu
tuk elakkn crepe akan berlubang bila banyak buih..
-ambil sesenduk kecil..tuang adunan dalam kuali yg dipegang..
-layangkan kuali agar adunan sekata..
-masak atas api kecil..
-masak hingga kering..angkat..tak perlu terbalikkan masa angkat tu.
-buat sampai habis. ia takkan melekat walau kite letak tanpa alas plastik.
pembuatan ni sama macam wat kuih dadar @ ketayap.
dah siap tepung baru boleh letak FC.

inilah yang saya guna untuk buat fresh cream tu

|
FILLING..
-150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
-isi durian..
-letakan fc letak isi durian ..dan letak lagi fc di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

***jgn guna anchor. leceh. terlebih pukul boleh cair blk.

NI PULAK
CREPE OREO



yang ni pula strawberry crepe. cuma tukar isi durian kepada strawberry filling. klu nak lagi sedap tambah buah strawberry yg tlh di hiris2

semasa hendak membuat fresh cream ni hendaklah di goncang terlebih dulu kotaknya. sebab patinya dah mendak jadi bila kite tuang tanpa goncang dulu mungkin pati kite buang dan hanya air yg masuk dalam mangkuk kite. huuhuuhuu.

lagi satu petua nak senang naik FC ni guna bekas plastik yg tlh di sejukkan ke dalam peti sejuk beku selama 5 minit.


lebihan fc ni klu tpung dah abis boleh buat aiskrim


letak fresh cream
pastu pes strawbrry
last letak FC lagi.
sejukkan dalam sejuk beku dan makan. sedap

Ahad, 18 November 2012

ROTI CANAI THE MAKING N KARI DAL





pagi ni kite buat roti canai. mana yang x pandai menebar boleh guna teknik ni. menggunakan dulang untuk mencanai roti ni.

sekilo tepung gandum cap sauh
telo sebiji
1/2 sdk garam di bancuh ngan airdan sedikit gula @ pun mana yg suka susu boleh letak susu

* jangan letak minyak dalam doh. boleh keras doh tu nanti bila sejuk.

uli tepung ngan telo dan campuran air tu sehingga menjadi doh. tutup adunan selama 10m.
pastu uli lagi doh hingga lembut dan bulatkan.

lagi lama menguli lagi lembut bila dah jadi roti nanti



tepung yg dah d bulatkan masukkan ke dalam minyak sekurang-kurangnya 5 jam baru di canai.
seeloknya pagi esok nak canai, malam ni baru buat.



sapu dulang dengan minyak
leperkan doh yang dah di bulatkan tadi dan sapu lagi minyak.
terbalikkan dan sapu minyak lagi.
jadi ke dua-dua belah di sapu minyak




pastikan tipiskan doh dengan tapak tangan klu tipiskan dengan jari kompem koyak rabak doh tu.
mana yang nampak tebal tepi2 tu boleh tarik sikit2 supaya tipis.
jangan ganas nanti koyak. hiihiihii.
pastu sapu lagi minyak pada doh yang dah siap di canai ni supaya apabila dah di goreng rotinya lembut.





pastu buatkan doh ni jadi panjang dan mula gulungkan kanan dan kiri





gulung sampai jadi macam ni



tepekdoh tadi jadi macam ni

klu nak senang nak tipiskan masa nak goreng. biarkan sekejap doh yg dah di canai tadi agar senang masa 

membentuk roti nanti.




ari tu ade yg minta wat dalnya kan. ni sy wat dal simple versi sy.

KARI DAL

kacang dal
sebiji santan ( asingkan yg cair ngan yg pekat)
serbuk kari
air asam jawa
bhn perasa
ayam @ daging untuk menambahkan rasa
kentang klu suka

*sedikit udang kering
*bawang merah
*bawang putih
*lada kering ( ikut suka)
bhn * kisar

rebus kacang dal bersama santan cair + sedikit garam hingga empuk dan hancur sedikit. boleh tambah air jika perlu. (klu nak masukkan kentang bila dah separuh masak baru masukkan kentang dan ayam tadi.)

tumis bhn kisar hingga wangi.
masukkan rempah kari yg telah di campurkan sedikit santan.
masukkan ayam @ daging ( klu daging rebus dulu. sebab daging lambat empuk) dan pes asam jawa.
masukkan rebusan bhn dal tadi dan reneh hingga sebati bersama bhn perasa.
last masukkan santan pekat dan bila dah cukup rasa boleh angkat.
 

Rabu, 14 November 2012

LADA JERUK



nilah lada jeruk tu. nak wat senang jer

lada hijau tu di potong2
gula
garam
aji
cuka

campur sume dan perap. 1 jam dah boleh makan. mana yg x suka masak sgt cam sy. 4 jam lepas di perap asingkan lada dan cuka. cuka boleh simpan dalam freeze dan boleh perap lagi . lada tu makan ngan mee. sedap.

CUCUR UDANG




2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air suam
telo sebiji
gula garam dan perasa ikut suka
1 sdb serbuk kunyit
2 sdk yis
sebiji bawang besar d hiris

semua campurkan dan perap 1 jam
masa goreng panaskan senduk bulat dalam minyak panas dan angkat masukkan tepung td.
goncang2 sikit dalam kuali dan keluarkan.
klu nak letak udang tekan udang supaya x tertanggal
goreng dalam api yg sederhana supaya tepungnya masak
 

CUCUR JAWA @ CUCUR TOPI




Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 cawan air
1 biji telur

Caranya
Semua bahan dimasukkan dalam blender dan diblender hingga sebati semuanya. Simpan semalaman atau kalau nak cepat simpan 4 jam pun dah okey. Masukkan minyak dalam kuantiti yang agak banyak juga ke dalam kuali yang tidak rata (bergeluk/cekung). Bila minyak panas sendukkan adunan kita ke dalam kuali tersebut dan adunan tersebut akan mengelembung seperti topi dan balikkan untuk pastikan masak kedua-dua lapisan atas dan bawah

POPCORN



Pagi tadi datang mood terlebih rajin. sebelum masak bubur si kecik wat popcorn yg resepinya dah jadi tukun. heeheehee
inilah rupa jagung popcorn ni
panaskan 1sb mentega dlm periuk
dah cair masukkn 2 genggam biji jagung biar rata dlm periuk tu
tutup tudung periuk rapat2
api jgn beso sbb senang hangit..







untuk sira gula pulak
panaskan 2sb mentega dlm kuali dah cair masukkn gula 5 or 6sb..
masak sampai gula cair,api jgn kuat..
bila popcorn kat periuk tu dah brenti meletop masukkn dlm kuali dan kacau bg sebati.

KUPANG GORENG SIMPLE






kupang ni fresh. jual depan pintu. panas lagi baru lepas rebus. so wat macam ni best gak. gambar dah lama cuma baru masukan ari sebab exited nak masukan gambar lain dulu. heeheehee

1/2 kg kupang rebus
2 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
cili padi ikut suka kepedasan kite - di hiris
asam jawa( boleh memhilangkan racun pada makanan laut)
bahan perasa

cara2nya

tumis bahan hiris hingga naik bau dan layu.
masukkan kupang dan asam jawa serta bahan perasa.
kacau sehingga masak.
makannnnnn....

Selasa, 13 November 2012

TAKO




TAKO

bhn
bahagian atas
tepung hoon kwee putih
5 cawan santan
1/2 sdk garam
secubit gula

bahagian bawah
tepung hooon kwee hijau
sengkuang cina di cincang halus
air 5 cawan blend ngan daun pandan dan tapis
1 1/2 cawan gula

cara-caranya
bhg bawah

taburkan sengkuang cina ke dalam bekas. ketepikan
masak tepung hoo kwee hijau bersama gula air yg tlh d tapis sehingga hampir pekat.
tuang ke dalam bekas yg telah di isi sengkuang tadi
( untuk senang saya menggunakan ke dalam jug untuk menuang)

bahagian atas

campur santan tepung, garam dan secubit gula.
masak hingga hampir pekat dan tuang ke atas tepung hijau tadi yg tlh di sejukkan.
sejukan sebentar dan keraskan di dalam peti ais.

Khamis, 8 November 2012

POPCAKES







sebiji kek coklat moist
(klu guna lebih-lebihan cake pun boleh wat ni-ape perasa pun xper)
3 sdb marjerin
manik urai warna warni(x letak pun xpa)
Batang Lolipop / Lidi Sate dalam ukuran 15cm( klu suke tp sy x letak bab saya xder polistrin untuk menyokongnya)
Coklat bar
Kotak polistrin klu menggunakan lidi
1/2 sdb Shortening / butter / marjerin

Cara-cara

-Hancurkan2 kek dengan menggunakan jari. Masukkan butter dah gaul hingga kek jadi moist.
-Amik segenggam kek yg dah digaul dengan butter tadi, bentukkan bulat. Teruskan sehingga habis. ( inilah asas popcake)
-Sejukkan Cake Pop yang dah dibentuk bulat-bulat tadi dalam peti ais selama 2jam
-Cairkan chocolate menggunakan kaedah double boiling. -Setelah chocolate agk cair( means msih ketul2), tutup api dan masukkan shortening @butter dan kacau guna sudu sampai semua bahan cair.
-Keluarkan Cake Pop yang disejukkan tadi daripada peti ais. Ambil lidi @ batang lolipop dan cucuk pada cake pop.( sy guna tangan bab saya letak dalam paper cup)
-Ambil satu cake pop yang telah dicucuk td, pegang batangnya. Tuangkan 1 sudu chocolate cair pada cake pop (salut semua).
-Sebelum chocolate keras, gaul dgn bhn hiasan
- Dh siap cucuk polisterine biar smpai btol2 keras
 



Rabu, 7 November 2012

TRIFFLE


bhn2

1 tin koktel di asingkan buah dan airnya

kek span ikut suka vanilla /cocolate pun blh
air koktel tadi

potong dan susun kek kedalam bekas dan renjis2 ke atas kek tadi agar kek lembut.


jangan guna semua airnya, nanti manis sgt. hanya renjis sikit2 ke dalam kek

bhn kastard
1/2  cawan tepung kastad
gula pasir ikut kemanisan yg kite suke
1 tin susu cair
1 tin air biasa (ikut sukatan tin susu cair)

kesemua bhn kastard disatukan dlm periuk masak sampai likat dan berkilat..







bhn jelly
1 kotak aper pun jelly dan ikut je arahan kat kotak.
( guna jelly yg ade pewarna lagi ok. sy suka yg jernih jadi sy wat yg warna asal

Cara2
susun kek dlm acuan terpulang la nak yg mcm mana.
masukan bahan kastrad
dah siap terus tuang keatas kek td biar keras sebentar.
bila dah keras sedikit gores2kan kastard td pelahan2,
tujuan bg jelly senang lekat.
taburkan buah2an td keatas ke atas kastard td.
masakkan bhn jelly ikut arahan pd kotak ,bila dah
larut tuangkan atau sendukkan perlahan2 keatas kastard yg telah ditabur gan buah2 campur td.
bila dah siap bg sejuk sikit simpan dlm peti sejuk dlm 2/3 jam baru blh potong...ok siap dihidangkan.
Selamat Mencuba...









Selasa, 6 November 2012

KEK BATIK





Bahan-bahan :

250 gm / 1 peket biskut merie
200 gm / 1 peket milo
3/4 tin susu pekat
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
150 g butter / 2/3 cawan
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil nescaffe (optional)
2 sudu besar air panas ( utk kek lebih moist)

Cara-cara :

1) Sediakan loyang 7 inci yang telah di alas kertas minyak di semua permukaan.Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang.Ketepikan dahulu...(tp sy guna plastik)


2) Satukan ke semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar...
3) Masukkan ke dalam kuali/ periuk. Guna api yg perlahan untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah.Kacau selalu...
4) Kacau hingga sebati.Kemudian masukkan butter dan teruskan mengacau sampai pekat & kasar berbintil2.Matikan api.
5) Sendukkan adunan ke dlm loyang dan ratakan. Susun biskut merie dan ulang proses tersebut hingga selesai.
6) Pada lapisan terakhir,tekan2 sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan jadi rata & padat.
7) Tutup adunan & simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam...

tutup adunan seperti ini




KARI KERING DAGING ITIK




KARI KERING ITIK

2 INCH halia
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

sume di tumbuk

2 1/2 sdb rempah gulai @ rempah kari di campurkan dengan sedikit air dan kacau
sedikit air asam jawa
serai di ketuk
1/2 kotak kecil susu segar dutch lady full cream
air secukupnya

cara2nya

tumis bhn tumbuk dan serai hingga naik bau.
masukkan serbuk kari yg tlh di gaulkan dgn air.
masukkan daging itik salai tadi.
masukkan bhn perasa dan air asam jawa.
renihkan sehingga daging lembut.
rasanya masam2 manis.
bila dah agak2 dah nak lembut dagingnya masukkan susu.
siap dan makan

AISKRIM HOMEMADE LAGI


Petang tadi redah wat aiskrim homemade. 
tak ikut resepi bab klu ikut resepi manis sgt. ini ikut dalam kepala sendiri. wat eksperimen kat dapo kecilku.
mana yang tak suka manis-manis sangat memang ngamlah dengan resepi ni.


2 kotak kecil susu segar dutch lady ( susu kotak yg jual kat kedai-kedai runcit tu)
6 sdb susu pekat manis
* 1  sdb serbuk koko ( tp klu nak pahit sikit cam kat econsave tu 1 1/2  sdb)= ini perasa
* Perasa ikut suka tp sy pilih serbuk koko sebab kat rumah ni memang penggemar coklat.
1 sdb ovalet

pukul sampai kembang. 
jadik walau guna 1 sdb ovalet jer

permintaan si abang . aiskrim dah abis pastu nak suruh wat aiskrim goreng. terpaksalah wat. sek x pernah bli aiskrim wat sendiri jer. untuk jimatkan kos dan juga kurangkan tupperware aiskrim kat uma. huuhuuhuu

PULUT SERUNDING





PULUT SERUNDING

pulut di rendam 2 jam pastu tanak bersama
santan
sedikit garam

inti
1/2 biji kelapa parut
air asam jawa
garam gula dan aji

bhn untuk di tumbuk @ blen
cili kering Ikut suka kepedasan kite
bawang putih 4 biji
bawang merah sebiji
serbuk kunyit
ketumbar dan jintan halus
udang kering

masukkan kedalam kuali semua dan gaulkan.
pastikan rasa masam2 manis
sangan atas kuali tanpa minyak sehingga perencah sebati atas api kecil

Jumaat, 2 November 2012

AYAM RENDANG STAIL IDAH






RENDANG AYAM

blen
cili padi
bawang putih
bawang merah
halia

blen kering
ketumbar
jintan halus

ayam
serai d ketuk
kerisik
pes asam jawa

ayam d gaul ngan garam dan gula
goreng layu ( agar x melekat d kuali letakan asam keping dalam minyak panas dan goreng bersama ayam. ketepikan.
tumis bhn kisar dan bile naik bau masukan bhn kisar basah dan serai.
bila dah wangi masukan air asam jawa dan ayam.
letak air lebih sedikit dan renehkan bersama ayam dan sedikit gula.
bile ayam dah sebati ngan rempah masukan kerisik.
kacau dan rasa. klu kurang bolehlah tambahkan garam dan aji.

KEK COKLAT MOIST BERSANTAN




KEK COKLAT MOIST BERSANTAN

Bahan-bahan:

200ml santan
1 cwn Minyak 
1 1/2 cwn gula ( klu nak manis sikit guna 1 3/4 cawan)
4 biji Telur
air 1/2 cawan
semuanya di blender sehingga gula hancur


1 1/2 cwn Tepung Gandum
1 sk Soda Bikarbonat
1 sk Baking Powder
3/4 cwn Serbuk Koko
ayak

Cara-cara
campurkan bahan bled dan ayak tadi.
tapis dan perap 15m ( klu x perap pun xper)
panaskan kukusan dan kukus 1 jam.

TIPS UNTUK PEMBUATAN KEK






tips ni sy share dr blog
secubit rahsia @ secukup rasa

Persoalan dan Jawaban mengapa Kek yg kita masak tak menjadi


Kek mentega( butter cake) yg tak menjadi, kek itu tenggelam dan bantat dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari dalam oven
=> Jawaban: Kek belum masak betul.

Sewaktu dibakar kek tenggelam dibahagian tengah => Jawaban: suhu oven terlalu panas yg menyebabkab kek dipaksa untuk naik dgn cepat yg menyebabkan kek tenggelam di tengah.
Pada keliling kek terdapat kerak yg bergula
=> Jawaban: Mentega dan gula tidak dipukul dgn sempurna.

Terdapat tompok2 putih pada permukaan kek => Jawaban: gula tidak dipukul dengan sempurna( gula tidak larut dgn sempurna) gunakan gula castor ia cepat larut.
Kek tenggelam atau bantat
=> Jawaban: suhu oven terlalu panas, kek terlalu lama dibakar, bahan kek tidak dipukul dgn sempurna( tak cukup kembang ).

Kek berderai bila dipotong
=> Jawaban: Mentega dan telur dipukul terlalu lama ataupun telur dimasukkan terlalu awal sedangkan gula dan mentega blm cukup kembang.

Kek melekat pada loyang pembakar
=> Jawaban: terlalu banyak gula ataupun jika menggunakan loyang yg baru sebaiknya sapukan loyang dgn mentega atau lapisi dgn kertas kek.

Kek naik dan pecah dipermukaan
=> Jawaban: Loyang terlalu kecil, suhu oven terlalu panas.

Keliling kek menjadi keras
=> Jawaban: Adunan dipukul terlalu lama sebenarnya setelah mentega dan gula cukup kembang kemudian masukkan tepung kaupbalikan saja sehingga sebati. ataupun suhu oven terlalu panas

Kek hampir hangus tp bahagian tengah tetap tidak masak => Jawaban: Suhu oven terlalu panas, kek dibakar terlalu lama, loyang terlalu kecil.

Kek pucat dibahagian tengah
=> Jawaban: Loyang terlalu besar


Tips2 dari Chef Wan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kekyg cantik.

Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega/telur Jika terus digunakan dari peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu.
Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur.
Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.


Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.

Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.

Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, kaupbalikkan saja adunkan tepung hingga ia sebati . Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.

Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.

Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?


Masalah Yang Sering Dihadapi

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

- Kek Terlalu Lembap dan Leper
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
- Kek Merekah di Atas
Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan loyang terlalu kecil.
- Kek yang Mendap di Tengahnya
Ukuran acuan tin tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.
Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.

Soalan ini sering kali diajukan : " kenapa kek tak menjadi seperti yang ada pada gambar resepi?"

Berikut adalah kesalahan-kesalahan biasa yang menyebabkan kek tak menjadi dengan sempurna dan sebab-sebabnya: ( hasil rujukan dari pelbagai sumber dan sumber sendiri)

Kek Tidak Naik Sekata
Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
Bancuhan tepung tidak sebati
Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Kek Menjadi Bantat
Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
Suhu ketuhar terlalu rendah.
Kek Mendap pada Bahagian Tengah
Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.

Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
Kek Terlalu Lembab dan Leper
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Terlalu Berat
Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung
Gula yang digunakan melebihi sukatan
Terlalu banyak cecair
Suhu ketuhar terlalu rendah
Kek Merekah
Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan / loyang terlalu kecil.
Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
Kek Buah Mendap
Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
Terlebih serbuk penaik
Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
Adunan tidak dipukul sebati
Kek Menjadi Keras
Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
Terlalu banyak tepung gandum.
Tidak cukup cecair
Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.
Kek Menjadi Kering
Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
Kek Menjadi seperti Roti
Sukatan serbuk penaik tidak tepat
Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
Tepung tidak sesuai
Adunan tidak dipukul dgn sebati
Kek Menjadi seperti Bingka
Bancuhan tidak dipukul sebati
Terlampau banyak cecair
Tepung terlalu sedikit
Suhu ketuhar tidak cukup panas

Semoga kek anda menjadi..