Selasa, 24 April 2012

UNTUK TAJAMKAN PENGLIHATAN



Petua Moden Untuk Tajamkan Penglihatan 

1. Amalkan meminum air suam setiap hari.

2. Mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala.

3. Amalkan memakan buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih setiap hari.

4. Banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok dan lain-lain tumbu-tumbuhan yang hijau.

HILANGKAN KAHAK PADA BAYI


HILANGKAN KAHAK PADA BAYI


Daun Pucuk Kaduk
Caranya, ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tu akan keluar bersama najisnya. info ni aku dapat kat lubuk petua warisan

Isnin, 23 April 2012

KHASIAT TEMPE



Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.

Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitaminB2vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat. Hasil daripada analisis, gizi tempemenunjukkan kandungan niasin sebesar 1.13 mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.

Tempe juga dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis,dua penyakit yang bayak dialami para wanita, kerana tubuh wanita yang mengalami haid, hamil serta menyusukan bayi. Penyakit anemia ini dapat menyerang wanita yang malas makan, kerana takut gemuk, sehingga menyebabkan penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh menurun.

Di dalam tempe juga terdapat suatu zat antioksidan dalam bentuk isofalvon. Seperti vitamin C, E dan karotenoid, isoflavon merupakanantioksidan yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Syarikat, penemuan bahwa genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada tempe ternyata dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan (aging).

Oleh itu, cara terbaik untuk memaksimumkan khasiat tempe bagi tubuh kita adalah dengan mengambilnya setiap hari dalam pemakanan harian sewajarnya. Bagi mengelakkan kebosanan, pengambilan dalam pelbagai jenis masakan tempe adalah perlu. Seperti di Malaysia, kita masih punya banyak pilihan masakan berasaskan tempe seperti lontong, sambal goreng, masak lemak, dan sebagainya. Walaubagaimanapun bagi mengelakkan zat-zat yang bermanfaat itu tak banyak terbuang dalam proses pemasakan, tempe sebaiknya dimasak dengan menu seperti sup, berkuah (berempah), atau rebus. Cara tersebut lebih efektif untuk khasiatnya, berbanding digoreng.

Di senaraikan 10 Khasiat Tempe buat panduan anda sekalian:

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.-elak keracunan makanan

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.- elok untuk mereka yang ada darah tinggi.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung. – yang sakit jantung pun bagus.

4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempeuntuk wanita atau model2 yang takut gemuk

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat makan oat.

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. – Harus di amalkan selalu.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif.- menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.

9. Mencegah timbulnya hipertension. – Elok untuk yang cepat marah.

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.- 

TIPS UNTUK APAM POLKADOT MENJADI CANTIK DAN GEBU



Tips Apam Polka Dot Jadi Cantik & Gebu....



Hari ni saya nak kongsi beberapa tips or rahsia tersembunyi supaya apam polkadot jadi cantik & gebu. 
Tips ni saya dapat dari pengalaman bila dah banyak kali buat. Kadang2 ada gak apam saya yg tak menjadi, dari situla baru tau banyak rupanya pantang larang buat apam ni. Ni antaranya pantang larang tersebut :

1) Kena pastikan air betul2 panas sebelum nak kukus apam. Kalau tak, apam tak naik. jadi leper. Masa kukus, gunakan api yang sederhana.

2) Jangan terlebih pukul adunan. Nanti apam akan jadi naik semacam.

3) Kalau nak buat banyak2, abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan dia.

4) Pastikan adunan sentiasa sejuk(masuk dalam peti ais jika tidak diguna). Ini untuk memastikan apam tidak "berjerawat"..he3..

5) Kalau nak permukaan apam lagi cantik, sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup. . Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag.

6) Sebelum sudukan tu, kacau dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde.

7) Satu lagi, kukus setingkat2 tau. Waktu kukusan mesti jangan kurang 15 min (walaupun jumlah apam tu kecil). Nanti apam tak betul2 masak.

8) Bekas untuk menyokong apam (bekas lompang) tu kalau nak guna kali ke-2 , make sure kena sejukkan dulu. kalau guna masa bekas tu panas, apam jadi tak naik.

9) Jangan biarkan apam lama di tempat terbuka. nanti apam keras & dah tak lembut. Lepas angkat apam tu, biarkan sjuk dulu. Then, masukkan dalam bekas bertutup.

Tips tambahan untuk letak filling pada apam polkadots.

1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). so cara untuk keraskan filling ialah first panaskn butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkan jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..

Tu je tips yang saya nak share arini. Semua tu hasil dari troubleshooting buat apam. Bukan kerja je ada troubleshooting, wat apam pun ada... he3..Happy Trying..!

MAGGI GORENG

malam ni kita kongsi pula maggi goreng versi saya. resepi ni juga yang saya gunakan untuk berjualan d kedai makan ibu saya. ianya banyak permintaan. simple dan sedappppppp......
sebungkus maggi kari d rebus tanpa perasa dan ketepikan.



hiris
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah.
3 biji cili padi ( klu nak pedas boleh tambah)

- tumis bhn yg d hiris hingga layu. ketepikan dan goreng telo hancur. ( bhn yg d hiris td letak jer tepi kuali)
- pastu boleh masukkan sotong, udang @ sayuran (klu suka)
- masukkan maggi dan separuh bhn perasa td.
kacau sebati. bila dah sebati kacau sebentar dan angkat.

KHASIAT HABBATUS SAUDA

ok ari ni kite kongsi khasiat habbatus sauda pula



Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Jumaat, 20 April 2012

KHASIAT PUCUK BETIK

JOM BACA - Khasiat Pucuk Betik

Khasiat pucuk betik pun tak kurang hebatnya. Ia dikatakan mampu;

- Mengatasi sakit migrain.


- Merendahkan tahap kolestrol dalam darah.

- Menurunkan tekanan darah tinggi.

- Melangsingkan badan.


Terdapat 2 cara untuk anda memanfaatkan khasiat pucuk betik:

1. Memakan pucuk betik atau daunnya yang masih muda yang telah direbus.

ATAUPUN

2. Anda minum air rebusan pucuk betik dan daun muda tadi sebanyak 1 atau 2 gelas sehari.

Namun begitu, memang diakui yang daun betik ni rasanya agak pahit. Tapi saya harap anda dapat menahan kepahitannya jika benar-benar mahu menikmati khasiatnya.

 Atas sebab itulah saya nak kongsikan satu petua menghilangkan rasa pahit tu kat sini. Caranya mudah saja. Ketika anda merebus daun betik, campurkan sekali dengan daun senduduk.


sekadar renungan

buat sesiapa yg selalu menggunakan AKUM, SALAM, SEMEKOM, BYE dan sebagainya

Gambar Dinding
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

sy share dr Awiyah Jawiyah 
dr Hati Yang Sering

PES PAPRIK, MASAK MERAH,KICAP DAN SAMBAL




bawang besar 2 biji
bawang putih 5 biji
cili padi 20 biji
segengam ikan bilis
belacan
carrot sebatang
- semuanya d kisar

- tumis bhn td dan bila dah naik bau masukkan cili kering kisar semangkuk. masak sampaikering. perisakan. simppan dlm freeze.

nsk masak untuk sepinggan nasi
masukkan seafood, sayur
pes td sesudu
sos cili sesudu
sos tiram
air sedikit
kicap untuk warna
****klu untuk daging masak merah gunakan pewarna.
 

PES UDANG




300g udang geragau @ udang kering
belacan sebesar ibu jari
cili kering ikut suka kepedasan kita
******semuanya d blender

petis udang @ otak udang

tumis sedikit bawang bersama sekepal udang geragau.
bila dah wangi masukkan bhn kisar, masak sehingga kering dan wangi.
masukkan 4 sudu petis udang dan perasakan.

sesuai untuk

mee udang
mee kuah
mee goreng mamak
bihun @ kuay tiaw goreng
ketam bakar Sambal
udang bakar @ sambal
nasi goreng

PES TOMYAM




Hari ini saya kongsi pula ngan rakan-rakan pes untuk tomyam. 








35 tangkai lada kering ( d cuci dan d toskan )
12 ulas bawang putih*
25 ulas bawang kecil*
2-3 sb gula melaka*
1/2 cawan minyak makan* ( guna minyak lebihan goreng cili )
sedikit air untuk mengisar bahan*

- panaskan minyak untuk menggoreng cili kering. goreng sebentar supaya cili x pahit.
- kisar cili goreng bersama bahan yg dtanda * hingga halus.
tuangkan bahan kisar td ke dalam kuali hingga mendidih. goreng hingga kering sedikit.
- sejukkan pes td dan simpan dalam freeze.

Khamis, 19 April 2012

TEKNIK PEMBUATAN KUIH

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera. dah dekat 2 minggu tak kemaskini blog ni. kali ni saya nak berkongsi beberapa teknik untuk pembuatan


Ini adalah teknik untuk membuat donat simpul.




selepas membuat donat simpul lepas tu boleh juga membuat mini pizza. kegemaran anak-anak.



dan yang ini adalah teknik untuk membuat sarang kuih tepung pelita.




teknik untuk membuat pizza mini juga. tapi yang ini banyak sikit potongannya.


last sekali untuk teknik pembuatan untuk kali ni ialah cara pembungkusan kuih koci.

Semoga dengan teknik-teknik ni. jimat kos pastu terjamin kebersihannya.

Khamis, 12 April 2012

PENYAKIT GOUT




GOUT atau dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.

Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.

GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purine dan kawal berat badan anda. Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan

Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.

Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Harus anda ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin anda, sebaik ubat- ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali meningkat.

Antara makanan yang harus dielakkan:

Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis
Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam
Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung
Daging merah
Cendawan
Yis (roti putih, roti manis)

FAKTA: Golongan berisiko

~~ Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.
~~Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout
~~Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat
~~Wanita putus haid

Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan

Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi/kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalami pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

KHASIAT TIMUN

Antara khasiat timun yang mesti anda tahu adalah:
 1. Amalkan memakan timun setiap hari bagi mengelakkan sembelit.
2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.
 3. Seandainya anda campurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi boleh mengatasi masalah artritis, gout dan reumatik.
 4. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.
 5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri (keluar darah semasa buang air besar).
 6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.
 7. Bagi anda yang masih buntu dengan masalah jerawat, cuba parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur.

Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering.
 8. Ada tak yang sakit tekak atau hilang suara?

Jika ada, ambil biji timun dan campurkan dengan sedikit garam. Berkumurlah dengan bahan tersebut beberapa kali sehari

MURTABAK MAGGI


MURTABAK MAGGI

2 bungkus mee maggi kari d rebusi
1 bungkus perasa maggi tu
4 biji telo
daun sup
2 biji lada kecil d hiris bulat2 kecil

- pukul telo, perasa magi sampai kembang.
- pastu masukkan maggi, lada dan daun sup.
- goreng macam kite masak telo dadar

Isnin, 9 April 2012

KUIH BOM @ ONDE-ONDE

250g tepung pulut
5sdb tepung gandum
sedikit minyak
air secukupnya d campur dgn 1/2 sdk garam
bijan untuk salutan
inti kelapa

- gaul tepung pulut bersama tepung gandum bersama sedikit munyak makan.
- uli dgn air yang dah d campur garam tadi
- bila dah siap doh bulatkan dan isi inti dan akhir sekali di gaulkan dengan bijan.
- apabila dah d salut bijan gelekkan d tangan agar bijan tadi tak tertanggal apabila di goreng.

inti kelapa

1/2 biji kelapa parut
1/2 sdk garam
pewarna perang  @ air gula merah
gula ikut suka

- gaul semua bahan.
- sangan atas api kecil sehingga kering.
- sejukkan dan baru d buat inti

Ahad, 8 April 2012

HILANGKAN SAKIT KEPALA

JGN PENING2 LAGI...:)

Fakta Menarik Mengenai Hidung

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

CARA MEMBUAT IKAN PEKASAM

CARA UNTUK MEMBUAT IKAN PEKASAM

cara 1
- ikan sungai @ tawar d bersihkan betul2 jangan bg hanyir.
- perap dengan garam untuk semalaman dalam peti ais, ( garam jangan letak banyak sangat) ketepikan.
- 3 cawan beras d basuh dan d toskan.
- air separa panas.

cara 2
- goreng beras hingga keperangan. sejukkan.
- blend sehingga hancur dan halus.. lebih kurang macam tepung warna keperangan.
- bancuh tepung td macam tepung goreng pisang . jangan cair.
- keluarkan ikan dan celupkan dalam tepung. masukkan dalam bekas tertutup. ulang celup sehingga habis dan tuang lebihan tepung dalam bekas yg sama.
- perap untuk seminggu. pastu boleh goreng n makan.

Khamis, 5 April 2012

MEE BANJIR UDANG 

tumis bawang putih + lada + udang + serbuk lada putih sampai masak.

DENDERAM

bahan bahan

sekilo tepung beras cap bunga
sekilo gula merah
2 gelas air

cara masak

masak air gula tapis masuk dalam tepung dan kacau perap untuk 1 malam atau 1 hari. gambar ni yang dah siap di perap. acuan pakai acuan yang bulat dan pembalut benang untuk buat lubang.


 kalau nak kurang manis..boleh tambah tepung gandum satu cawan dan lebihkan air sedikit nanti bila dah siap digoreng ia akan nampak macam ada lapisan kulit..
MEE REBUS MAK LEHA

BAHAN A
semangkuk kecil tepung gandum ( d adun dulu dgn air supaya tepung x bergentel )
serbuk kari
garam , gula n perasa
air asam jawa
cili giling

BAHAN B
serai
bawang putih
bawang merah
udang kering
****d kisar
****untuk enakkan lg kuah ni letakkan rempah kurma ( klu xnak pun xpper )

semua bahan A & B d campur.pastu tenggek atas api sederhana. bila mendidih kecilkan api sedikit. masak sehingga kuah pekat ( kuah jgn terlalu pekat. agak2lah yer. )

BAHAN C
mee kuning
taugeh
****d celur
tahu d goreng dan d potong dadu
hirisan lada hijau
limau kasturi
telo rebus hirisan daging
bawang goreng
daun sop
****susun ikut suka

Rabu, 4 April 2012

KHASIAT JAMBU BATU

mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan. amalkan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindak balas pada badan anda. anda di syorkan untuk memakannya 2 biji setiap hari, samaada sebiji di waktu pagi ataupun tengahhari. manakala sebiji lagi di makan di waktu petang atau malam

Selasa, 3 April 2012

KHASIAT CUKA KURMA

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi

1. masalah gastrik di perut
2.masalah hempedu ( membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu).
3. mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai ) yang boleh membawa kematian.
4. cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut.( masalah perjalanan haid.
5. mengatasi masalah limpa.
6. membersihkan usus ( untuk membuang toksik)
7. menguatkan sistem perut ( untuk buasir)
8.menghilangkan masalah dahaga ( panas dalam)
9. mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia ( seperti kanser, bisul dan sebagainya )
10.membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia ( darah beracun).

UNTUK BABY SELSEMA

ambil kapor untuk buat kuih dan sedikit kunyit. campurkan keduanya dan sapu pada dada anak. lagi satu atas pengalaman saya. kalau ubun-ubunnya masih lembut hendaklah di tutup. kalu tidak baby akan mudah kena selsema teruk dan selalu tersedu.

SAMBAL IKAN PISANG

1 ekor ikan pisang (besar)
*15 batang cili kering
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*seinci halia
3 sdb air asam jawa
sebatang serai - d ketuk
perasa, garam dan gula ikut suka
daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan

- bahan yg bertanda * d kisar.
- gaul ikan bersama sedikit garam dan sesudu tepung beras. (fungsi tepung beras adalah agar ikan x melekat dan nampak cantik)
- goreng ikan tadi separuh masak. ketepikan.
- tumis bahan kisar tadi bersama serai yang telah d ketuk. tumis sehingga naik bau.
- bila dah wangi masukkan air asam jawa, garam, gula dan perasa.
- bila dah cukup rasa masukkan ikan dan reneh bersama ikan yang telah d goreng tadi.
- reneh ngan api kecil. bila dah pekat boleh angkat dan hias dengan daun bawang dan bawang goreng.
- tumis bahan yang d kisar. bila naik bau masukkan ikan yang telah d goreng tadi.

MINUM AIR SUAM

1. minum 2 gelas air suam bangun dari tidur. ia dapat mencerdaskan organ dalaman.
2. minum 1 gelas air suam 45 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.
3. minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurunkan berat badan.
4. minum 1 gelas sebelum tidur dapat mengelakkan daripada terkena strok atau serangan jantung