Jumaat, 23 Ogos 2013

PETUA UNTUK KENCING MANIS




petua ni lak saya kongsi dgn Siti Sarah Ab Karim


Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan hj dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun daris egi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut2, kemudian dos boleh dikurangkan....Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh..amin..

PETUA TUK PENYAKIT DARAH TINGGI




petua ni bukan dr saya tapi sy share ngan en. HelmiSidek


"Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku ni.

Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain.

Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa. Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.

Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!!

Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler....

Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.
Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.
Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.

Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe. cincau

Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156.

Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!! Kat sebelah ialah ini bukti resit mak aku!!

Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!!
Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.

Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula.

Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini..

Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini. Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe.

Selamat mencuba!! "

p/s:lepas ni boleh lah minum cincau,byk khasiat tau;

TALAM CENDOL

selamat malam tuk semua yg sedang mengikuti blog idah ni. hari ni kite berkongsi resepi talam simple . yaitu talam cendol. tp idah wat kelainan sikit cendol kat atas.

TALAM CENDOL


TALAM CENDOL

lapisan bawah

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sdk garam
2 cawan santan
8 sdb gula @ ikut kesukaan
1 cawan air gula merah

bancuh dan blend sume agar x berketul.
lengserkan loyang dgn minyak dan kukus 20m.

lapisan atas

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sdk garam
cendol
3 1/2 cawan santan

satukan semua kecuali cendol dan ,masak sehingga naik wap.( tp sy x masak tp terus tuang jer atas lapisan pertama)
masukkan cendol
matikan api dan tuang ke ats lapisan tadi.
kukus selama 30m

moga2 dgn perkongsian ini dapat kite berkongsi menu tuk hidangan keluarga.
selamat mncuba

Khamis, 22 Ogos 2013

LOPES


assalamualaikum dan selamat sejahtera. lama dah sy x bersiaran bab ngandung. awal mengandung ke na alahan yg teruk. ni dah masuk 9 bln tunggu masa tuk melahirkan. jadi ari ni sy bagi resepi simple. kegemaran anak bujang saya. moga kite dapat manfaatnya bersama.

LOPES

400g beras pulut
sehelai pandan d ambil airnya
1/2 sdk garam
sedikit pewarna hijau
kelapa putih dan d gaul dgn sedikit garam

rendam pulut 1/2-1 jam
tanak bersama air daun pandan, garam dan pewarna hijau.
air bia byk sebab nanti pulut lembek dan cantik selepas d kukus.
tanak hingga separuh masak @ 3 suku.
pastu sy masukkan dalam plastik kerana stok daun pisang habis.
kukus 1/2 jam.sejukkan baru d potong
balutkan dgn kelapa setelah d potong.

tuk air gula

gula merah
sedikit gula pasir
sehelai daun pandan
air secukupnya

masak semua sehingga kepekatan yg kite inginkan