Jumaat, 30 Mac 2012


alhamdulillah tercapai juga hajat d hati ingin mempunyai halaman sendiri. ada separuh dari resepi-resepi ni adalah resepi masakan dari kawan-kawan dan saya. dan gambar d atas adalah gambar ketiga-tiga gambar buahhati yg d kasihi.
NIK NURNILAM SERI
NIK MUHAMMAD FAKHRUL RAZI
NIK NUR RABIATUL AISYAH
 idea untuk melahirkan blog ini adalah saranan dari suami tersayang NIK AZUAN. dan blog ini adalah 100% d buat oleh hubby tersayang. saya cuma masukkan resepi. katanya dah banyak kongsi dengan rakan-rakan d facebook dan biarlah sekarang kongsi pula d blog. terima kasih kerana sudi melihat halaman saya walau belum banyak yang saya buat.

KEK GULA HANGUS

UNTUK GULA HANGUS
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sdt mentega

- masak gula sehingga kekuning-kuningan dan masukkan air panas dan masak sehingga gula larut dalam air. masukkan sekali mentega agar air gula td cantik (sy gunakan marjerin jer ).ketepikan. (klu gula hitam sangat nanti pahit. klu kekuning-kuningan rasa sedap sikit)

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sdt soda bikarbonat
4 bj telo

- ayak tepung dan soda. ketepikan.
- pukul telo hingga betul2 pekat dan kembang.
- masukkan susu pekat dan sebatikan.
- masukkan campuran tepung dan soda td.
- akhir sekali masukkan air gula yg telah d sejukkan td.
- perap 3-4 jam. pastu bakar 180c selama 1 jam.
*****suhu oven bergantung pada oven anda

NEKBAT




1 bungkus  tepung beras
12 bj telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

- tepung beras d sangai dengan api sederhana hingga kering. biarkan ia sejuk.
- telur d pukul hingga kembang dan berbuih.
- panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyakkemudian taburkan tepung ke dalam adunan telo td sedikit demi sedikit.
- tuang adunan ke dalam acuan dan bakar sehingga kekuni-kuningan.

Rabu, 28 Mac 2012

PUTERI AYU

2 biji telur
150g gula pasir
200g tepung gandum
1 sdb ovalet
100ml santan
1sdk air daun pandan
pewarna hijau

Untuk bahagian atas
1/2 biji kelapa parut
1 sdb tepung ubi
sedikit garam

cara-caranya
- telur + gula + ovalet di pukul sehinggga betul2 kembang.
- pastu masukkan semua bhn dan sebatikan.
- kelapa, tepung ubi dan garam d gaul.
- masukkan sedikit campuran kelapa td dan buh dalam acuan yg tlg d lenserkan dgn sedikit minyak.
- ratakan dan tuang adunan tepung td.
- kukus selama 15 minit @ sehingga masak.

KEK MARBLE TRADITIONAL

KEK MARBLE SEBELUM BAKAR
4 biji telur
2 cawan marjerin
2 cawan gula icing
1/4sdb  baking powder
1sdb isin vanila
2 cawan tepung kek
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko - klu x nak guna serbuk koko gulanya 1 3/4 cawan  sahaja

Cara-caranya
- ayak tepung cake, tepung gandum dan baking powder. ketepikan
- pukul marjerin dan gula icing. sebatikan sahaja dan jgn pukul lama sgt. agak2 gula dah sebati ngan marjerin.
- masukkan telo dan sebatikan. lebih kurang seminit jer untuk satukan marjerin dan gula tadi.
- masukkan esen vanila dan campuran tepung sedikit demi sedikit.
- klu nak perasa koko masukkan serbuk koko dan klu untuk kek pelangi asingkan pada 3 bahagian dan letakkan pewarna yg kita suka.
- letak berselang seli dan bakar 180c selama 40 minit @ hingga masak. @pun suhu ikut oven masing2

AISKRIM

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 sdb ovalet
2 tin air suam
perasa @ pewarna

Cara-caranya
- Pukul semua bahan sehingga kembang 2x ganda. 
- asingkan dan tambah perisa.
- masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 20minit.
- keluarkan dan mix semula.
- simpan semula selama semalaman dan makan.

Selasa, 27 Mac 2012

APAM GULA HANGUS

Untuk gula hangus
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan air panas
= campurkan dan masak untukd jadikan gula hangus

1 cawan gula
3 biji telur
1 cawan santan @ susu segar
21/2 cawan tepung gandum
2 sdt soda bikarbonat

Cara-caranya
- panaskan kukusan.
- ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. ketepikan.
- pukul telo dan gula sehingga kembang.
- masukan gula hangus dan campurkan campuran tepung gandum tadi.
- masukkan santan @ susu segar dan gaul rata.
- masukkan ke dalam acuan apam @ loyang yg telah d sapu sedikit minyak.
- kalau guna acuan kukus selama 15-20 minit. kalau guna loyang kukus 40 minit